Raya 2015 | Raya pertama yang kebiruan

4:13 PM

Raya 2015

 
Assalamualaikum

Haloooo hai...
Baru berkesempatan nak hapdet entri raya sikit-sikit.

Petang raya tu sempat masak kuah kacang untuk nasi himpit ja.Lepas tu dah takleh wat apa.Aqil merengek-rengek sebab demam.Malam raya tu Aqil demam kuat.Jenuh mama bersengkang mata dok jerelum anak dengan tuala basah dan masuk ubat kot bontot.Ubat bontot ni mama memang minta sesiap kat dokte wat spare takut esok susah nak cari klinik sebab cuti raya.
Tak sedar pukul berapa mama lena sedar-sedar dah Subuh.Pakat dok kalut bangun mandi dan sembahyang.Tang ni seronok la dok berebut bilik air.

Mama yang tak pi masjid ni beralah bagi kat orang lain dulu bersiap.Kita takpa....dok umah ja.
Masa siap tu semua pakat dok bergelak.Yela...tema baju semua kaler sama.

BIRU

Padahal tak janji pon.Tengok-tengok orang tu biru tua orang ni biru terang.Nah...pakat sama semua aih...hahahaha....

Alhamdulillah pagi tu Aqil nampak sihat walaupon ada panas sikit-sikit.
Nah seketoi seorang budak debab siap sampin songkok capal bagai....hihihi...

Baju dari mak lang, sampin dari mak ngasuh, capal & songkok dari abah
Abes sembahyang raya pakat balik bersalaman tapi boleh takda gambar acara salam-salaman dan bagi duit raya.Pastu saya, suami dan Aqil ke balai polis.Nak wat report polis kes langgar semalam.
Tak jauh pon balai polisnya.5 minit dah sampai.


Balik dari balai polis nak tangkap gambar family sekali anak-anak buah dan abang ada yang dah ke sana-sini beraya so takda la gambar beramai-ramai.Setakat gambar family sendiri-sendiri adala..


kuarga Zai Zamree

kuarga abg sulung dan tok Besah
paksu aka adik yang lari tema

kurga abang no.3 aka pak lang mak lang


Cuma keluarga abang nombor 2 ja takda dalam gambar.Abang memula tu malu nak bergambar sebab kaki bersimen sampai peha.Baru lepas accident beberapa hari sebelum raya.
 
 
Sebelum sembahyang Jumaat kami berjalan kaki beramai-ramai ke rumah mak ndak.
Tengok la segerombolan bala tentera biru dari kuarga Tok Besah.
 

 
Kita hat belakang ni sempat selpiaq-selpiaq sekeping dua.

 
Masa kat umah mak ndak Aqil dah mula merengek.Badan dan makin panas.Demam balik tapi gagahkan juga dok pujuk-pujuk dia.
Masa balik tu singgah sat umah tok guru mengaji nak beraya sekali Aqil muntah.Terus balik camtu ja.Muntah atas baju abah kot.
Balik tu terus jerelum.Ubat Aqil taknak makan.Sempat la basuh baju abah dan Aqil.Sian abah...pi sembahyang Jumaat pakai baju biasa ja.Orang lain siap baju melayu bersampin bagai.
 
Petang tu Aqil kembali sihat macam biasa.Siap main bola lompat lari segala bagai dengan abang dan kakak sepupu dia.Sempat la baju melayu abah dan Aqil kering.Dah sihat tu kami ambik kesempatan balik beraya kat Lunas rumah mertua la plak.

abah riang gumbira leteeew dapat balik Lunas
Itu je la cerita raya pertama kami.Nak jalan sana-sini rumah sedara pon tak sempat.Harap sedara-mara tak berkecil hati sudah la.


You Might Also Like

16 apa kata anda?

  1. Terang lagi menyerlah tema biru tu, sama mcm color blog ni, memang minat biru nih
    Btw, Selamat Hari Raya buat sis Zai sekeluarga ya :)

    ReplyDelete
  2. wow biru sungguh.. hehehe nyaaaala sungguh haih..
    kami biru gak tapi baby blue aceceh nama nak glemer..

    nah seketol budak debab hahaha..

    ReplyDelete
  3. selamat hari raya zai sekeluarga.. hubby zai tu penah jumpa la tp xtau kt mana. familiar. besa mai bagan dalam tak?

    ReplyDelete
  4. Selamat hari raya cik Zai sekeluarga...lamanya tak jenguk blog..cantiknya blog cik zai..

    ReplyDelete
  5. tahun ni ramai yang temanya biru.. selamat hari raya zai..

    ReplyDelete
  6. selamat hari raya kak zai. lawanya tema depa tahun ni :) kami xdak tema pun. pakai yang mana ada saja, hehehe. yg paling comey paksu a.k.a lari tema hahahahaha

    ReplyDelete
  7. Meriah sungguh.. Biru yang mendamaikan... Aqil look so handsome..

    ReplyDelete
  8. Selamat Hari Raya Zai.. tema color baju raya kita sama la..sep sikit..heee.. =D

    ReplyDelete
  9. selamat hari raya kak zai...maaf klo ada salah silap selama kita berkani kenai nie

    ReplyDelete
  10. Smartnyer Aqil berbaju raya ^-^

    ReplyDelete
  11. Assalam zai,
    haaahhh
    tahun ni tahun biru tau3
    iols pun plan awai biru jugaks
    tapi last minit tukor purple :)

    ReplyDelete
  12. selamat hari raya zai...sy suka warna biru...royal blue ehhh...warna kegemaran sy...hihiih

    ReplyDelete
  13. macam kami tahun lepas. tak plan pun. tapi tetiba tersama kaler semua. kaler oren coklat gitu. tapi rasa macam tahun depan nak buat kaler sama. nak gather2 sama2 hihihi

    ReplyDelete
  14. majoriti tahun ninramai pakai biru kaler baju

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^

Popular Posts

Banner

COPY AND PASTE

Tickers

SUDAH HALAL
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers