#Cabaran20Hari Raya/Puasa 2015 | Kenangan Terawih Di Surau/Masjid Masa Zaman Kanak-Kanak

9:27 AM

 Assalamualaikum

Meneruskan #Cabaran20Hari Raya/Puasa 2015 ke-9.


Masa zaman kanak-kanak dulu bila nak pi terawih kami jiran-jiran akan berkumpul ramai-ramai dan berjalan kaki ke masjid.Jiran-jiran tu bukan la semuanya yang sama baya tapi berkumpul dengan makcik-makcik kat kampung.Memang masjid agak jauh dalam 20 minit berjalan tapi bila dok bersembang itu ini tengok-tengok dah sampai pon.

Bila sembahyang terawih memula tu memang la rasa penat nak abeskan 20 rakaat dengan 3 witir tapi bila tengok makcik-makcik yang tua-tua pon larat takkan la kita yang budak muda remaja ni tak boleh buat.Alhamdulillah...dapat buat semuanya.

Macam saya takda istilah lepas Isyak main kejar-kejar kat masjid.Pak imam masjid pak sedara.AJK masjid jiran kat rumah.Pastu arwah ayah plak garang.Mau kena lesing dengan arwah ayah try la buat perangai.Nahas ja nanti.

Bila time moreh memang best.Dapat makan yang sedap-sedap.Dedulu susah.Nak makan yang sesedap tunggu bulan puasa dan raya je la.Kalau tak...tak merasa la makanan yang bermacam jenis tu.

Itu je la kenangan terawih di surau/masjid masa zaman kanak-kanak saya.Korang plak camna?

You Might Also Like

7 apa kata anda?

  1. masing masing punyai kenangan terawih yang berbeza kan

    ReplyDelete
  2. teringat kenangan zaman kecik dulu.. beza dengan sekarang.. rasa lebih hargai zaman susah dulu.. huhuhu..

    ReplyDelete
  3. masa kecik2 saya solat terawikh dgn abah emak kat umah.
    x pernah gi surau / masjid.
    merasa la jap masa belajar kat U dulu.

    ReplyDelete
  4. Seronok bila kenangkan kisah dulu2...

    ReplyDelete
  5. Owh..arwah ayah garang e..garang sebab dia sayang..

    ReplyDelete
  6. kira takpernah pegi terawih pun dlu. rumah jauh dari masjid jalan gelap dan berhutan. memang tak merasa la nak keluar. mana ada kawan duduk dekat situ dlu

    ReplyDelete
  7. Assalam zai,
    iols zaman kanak2 memang idak ler persgi solat kat masjid
    bila dah masuk menegah baru dibenarkan follow :)

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^

Popular Posts

Banner

COPY AND PASTE

Tickers

SUDAH HALAL
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers