Semua pasai makanan

2:19 PM

 Assalamualaikum
 
Minggu lepas demam.Dah baik demam sambung selsema.Lepas selsema sambung batuk plak.Bila nak baik betoi tak tau.
 
Masa time demam tu memang kurang makan la.Sampai taktau nak makan apa.Tanya itu taknak tanya ini taknak.Yang saya nak cuma nak tido dengan aman dan sentosa tanpa anak panjat atas badan tapi mustahil nak dapat.
 
Beria-ia suami tanya nak makan apa last-last cakap nak makan sup ekoq.Suami bawa ke Mah Seafood kat belakang Telekom Bagan area nasi beratuq tu.Ahhhhh...lega dapat makan sup panas-panas.Paksa suami makan sekali sebab nak suruh suami suap anak.Ambik yang simple-simple ja.Sup ekoq, kailan ikan masin dan teloq dadar.Ini pon dah cukup mantop buat orang demam.
 
 
Pastu esoknya taktau nak makan apa.Tekak ni teringin jagung.Dah alang-alang ke Pasific pow suami waffle dan jagung.Emmmm...dapnya makan waffle panas-panas.

 
Ubat kepada batuk dah semestinya ais krim vanila tapi suami bawa pekena cendol jagung kat area pangsapuri baru kat Taman Sutera tu.Emmmm...emmmm...dap...dap...
 
 
Ubat demam saya.Tak kick kalau takda cabai melaka.Potong pastu tabuq kot atas...perrrghhhh....terangkat.
 
 
Dan sesejak ada isu jumpa ulat dalam makanan kat kantin kilang ada ja orang nak belanja nasi lemak daun pisang sorang 2 bungkus.Kalau camni minta hari-hari jumpa ulat la lagutu...hihihi...
 
Hari Selasa
 
Hari Rabu
 
Ha...esok ada orang nak belanja apa pulak ya? -..-

You Might Also Like

10 apa kata anda?

  1. Assalam zai,
    nak mencelah sat :P

    http://aryshafayyadh.blogspot.com/2014/11/alaaaaaahaaaiiiiiiiiiii3-version-2.html

    ReplyDelete
  2. wah... saya suka sup ekor. Satu lauk tu dah cukup makan dengan nasi putih. Lagi satu ubat demam bagi yati, bihun tomyam. Lagi pedas, lagi cepat kebah demam. :D

    ReplyDelete
  3. salam, 1st time ke sini. kalau demam, sup adalah terbaek!

    ReplyDelete
  4. Okje pun tgh batuk ngan seme ni Zai.....tp syukur tak demam...
    Ye ar org seme jumpa sup panas mmg mantop kan....

    ReplyDelete
  5. sup ekor n nasi paprik salah satu makanan yg sy xdpt makan masa akhir akhir due date hri tu.kedai tomyam tu ttup dri sebelum raya sampai la sy selamat bsalin.huahua..tp xda la ngidam sgt.just nak rasa je.padahal bulan 12 tahn lps dh mkn masa tu x tau lagi dh ada isi

    ReplyDelete
  6. cendol jagung
    slurrrrrrrrrrrpppppppppp
    sedapnya
    btw laksa tu nampak sedap
    bayangkan potongan cili
    melelehhhhhhhhhhhh

    ReplyDelete
  7. corn cup tuuuuuu...alahaiiiii terliuq...

    ReplyDelete
  8. corn cup tuuuuuu...alahaiiiii terliuq...

    ReplyDelete
  9. sanggup jumpa ulat hari2 yang tatahan tu ehehehehe

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^

Popular Posts

Banner

COPY AND PASTE

Tickers

SUDAH HALAL
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers