Aktiviti Sabtu Ahad

2:07 PM

Assalamualaikum
 
Hujung minggu hari bersama keluarga tapi abah plak keja so kami berdua je la habiskan masa dengan attend kenduri dan open house.
 
Sebab abah keja jom kita pakai kaler pink-pink...hihihi.Abah kan elergik pink :p
 
 
Dalam jam 12.30 tengahari bertolak ke Jelutong ke rumah sedara.Ada majlis kenduri arwah.Pic di tempat kejadian takda....ahak...Menu nasi hujan panas, ayam masak merah, daging masak hitam, dalca, acar buah, nasi himpit, agar-agar, limau sunkist, bubur kacang, karipap, air oren dan teh tarik.Makan berulang-ulang tapi sikit sebab jam 3 petang nak terjah rumah sepupu plak ada open house.
 
Selesai makan borak-borak sembahyang Zohor terjah plak umah sepupu.Kebetulan kenduri di flat yang sama cuma tingkat je lain-lain so senang cerita la.
Nah...kat sini pon makanan macam-macam.Ada laksa Penang, ketupat palas dan rendang, nasi himpit dan kuah kacang, bihun goreng, bihun singapore, bengkang, karipap, agar-agar milo dan merah, nugget dan air oren.Makan la sampai kenyang.Kena plak rumah sepupu sepapat jadi lagi la tak malu nak makan berulang-ulang...hahaha...
 
 
Kena plak hari tu hujan so lagi lambat la saya nak balik.Kenyang sangat-sangat hari Sabtu tu sampai ke malam.Alhamdulillah...rezeki makan saya yang banyak.
Malam tu tido rumah tok Besah.Esoknya ada projek.
 
Pagi-pagi Aqil dah bangun.Layan dia sembang soh tunjuk gigi.Abaikan kelambu kat belakang tu...hahaha...Biasa la rumah kampung ni nyamuk banyak.
 
 
 Sementara budak debob ni tak lena moh la layan dia.Satgi dia lena dah boleh start projek.
 
 
Dalam jam 2.30 petang baru la start projek kuah kacang untuk nasi himpit dan juga merebus ketupat palas.
 
Ketupat palas ni order dari jiran umah mak untuk jamuan esoknya.Besaq-besaq boq.60 sen kira berbaloi-baloi la kan?
 
 
Tugas saya sediakan kuah kacang dan ketupat palas.Dok tengok ketupat palas geram je.Nasib la ada kuah kacang kalau ada rendang maunya dah makan dua tiga bijik dah.
 
Petangnya balik ke sarang burung prepare perkakas untuk hari ni punya event kecil-kecilan.Alhamdulillah...jadi jugak walaupon asik dok tertangguh.Next entry kita cerita na.
 


You Might Also Like

14 apa kata anda?

  1. besaq ketupat ni makan 2 bijik dah kenyang hihi

    ReplyDelete
  2. wah comel dia pakai pink... he he he...

    ReplyDelete
  3. zai, reti tak ngayam sendiri...
    -hamba tak reti..jgn kata yg petak..yg tiga segi daun palas pun org kata susah..

    ReplyDelete
  4. sedapnya ketupat palas tu.....uwaaaaaaaaaaaaaa

    ReplyDelete
  5. syok kan boleh makan berulang ulang. nak2 pulak anak ada orang jaga lagiiii la syok nak makan ngehngehngeh

    ReplyDelete
  6. siti...besaq2 boq.mmg 2 bijik dh cukup dh

    ReplyDelete
  7. farah...sj la kita try tgk2 comel so nti nk kena beli kaler pink lg la

    ReplyDelete
  8. PB...zai reti anyam time xda pulut ja.time nk balut ms boh pulut msti jd betina.org tua2 nk yg jantan ja

    ReplyDelete
  9. kan kira?br la tenang ckit nk mkn bl org jg anak...hahahhaha

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^

Popular Posts

Banner

COPY AND PASTE

Tickers

SUDAH HALAL
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers