Sekali dua step dia balun

2:26 PM

Assalamualaikum
 
Hahaha...tajuk bukan main lagik.Hari ni takda koje nak buat.Bos pon takmai.Dok berdeting kot sambut Valentine.
Dari bosan sampai tertido meh la nak hapdet pasai sayang bucuk acam saya ni.
 
Minggu ni direct mama kena ambil Aqil kat umah mengasuh.Abah bizi tak abes-abes.
Akak ngasuh cakap Aqil tak aktif sangat.Asik tido dan badan dah rasa panas-panas sikit.
Memang masa ambik tu panggil Aqil dia just pandang ja.Takda respon macam selalu kalau panggil dia akan jawab bahasa dia la.
 
Sampai ja umah terus ambik termometer check suhu bawah ketiak Aqil.Dupdap dupdap jantung ni tengok angka kat termometer tu naik laju ja ke 36C sampai la benti kat 36.8C.
Woh...dah nak hampir-hampir demam dah ni.Patut la rasa dedaq ja badan dia tu.So terus basahkan tuala letak kat dahi Aqil dan lap-lap badan dia.
 
 
Lepas dah setengah jam dok lap-lap tu baru la dia mula nak sembang-sembang.Alhamdulillah....Aqil kuat.Kejap ja dah sihat.So saya biarkan Aqil berguling-guling atas toto sesambil saya lipat baju.Saja wat taktau kat dia.Biar dia main-main sendiri.Tup-tup dia dah meniarap sendiri.Eh...selalunya part last tu dia tak dapat sebab sangkut tangan dia.Mesti akan menangis-nangis minta saya tolak dia bagi meniarap.Semalam otomatik dia meniarap tanpa bunyi apa-apa.Syukur sangat-sangat.Yela...badan dah besar...berat...kebarangkalian dia nak meniarap cepat tu memang takda la.Pastu biarkan je dia.
Ha...tengok la.Pulun dia dok angkat bontot nak menyulur ke depan.Saya tau dia nak pi kat mana.Kotak set bersalin D'herb yang saya sandarkan kat dinding ada gambar Khatijah Tan tengah pegang baby.Dari terbaring kat bantal karipap biru kat belakang tu sampai la ke depan ni dia nyulur.Amboiii...sampai 2 step terus dia buat harini.Patut la demam.Demam nak boleh something....hihihi...Lega rasanya tengok perkembangan Aqil yang cepat ni dengan badan dia yang besar tu.

You Might Also Like

6 apa kata anda?

  1. aqil mestilah kuattttttt tau....

    ReplyDelete
  2. ehehhe..demam nk bulih menyulur tuh..

    ReplyDelete
  3. alhamdulilah. mama aqil nie walaupun comel bambam tapi aqil cepat tau!!! jgn risau ok mama. kata aqil najmi hihihi :p

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^

Popular Posts

Banner

COPY AND PASTE

Tickers

SUDAH HALAL
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers