Naluri seorang ibu

10:46 PM

Assalamualaikum

Ni kisah raya kali ke-2 saya Sabtu lepas.
Bosan taktau buat apa kat umah terus bersiap-siap ke umah mak.
Dalam beg boh siap-siap baju suami.
Mesej suami cakap nak balik umah mak tido sana.
Sampai umah mak dalam tengahari tengok mak tak masak apa pon.
T___________T
Mak posa lagi hari tu.Hari ke-6.

Mak : Dok tengok-tengok periuk tu cari ketupat ka?
Saya : Mana ada.Orang cari nasik.Mak tak masak ka?( baguih tak anak mak ni ^^, )
Mak : Malas nak masak.Posa lagi hari ni.
Saya : Takpa la.Orang suruh adik pi beli apa-apa.
Mak : Ala...mak tau...hang mai sini cari ketupat kan?Hang dok kira brapa hari dah mak posa kan?
Saya : Tak la...( padahal dalam pikiran pagi tadi memang pikiaq benda tu pon :p )
Mak : Kalau nak makan ketupat hang masak nasi, goreng ikan dan buat rendang.Sat mak buat ketupat.
Saya : Takyah la.Orang malaih.
Mak : Kalau hang malaih mak pon malaih la nak buat.Ha....dah nak makan ketupat tu mai la mak buat.Satgi kempunan plak.Meleleh-leleh air liur anak tu.
Saya : Aku kempunan telur tembakoi...hehehehe....

Hahaha...terus laju-laju saya pi kat peti ais kuarkan ayam ikan nak masak.
So jadi la rendang dan ketupat hari tu.

Saya rasmi awai sikit ketupat dan rendang tu.
Mak plak makan masa buka posa.

Adik : Mak memang habaq kat aku dia malas nak buat ketupat.Tu hang nak makan punya pasai mak buat jugak.
Saya : Yaka? (terharu sungguh...tak sangka plak saya sampai camtu)

Tapikan...tapikan...hebat sungguh naluri ibu ni.
Macam tau-tau ja apa anak dia mau.
Dah siap semua telefon plak anak menantu yang dok dekat-dekat situ ajak makan sama-sama.
Ibu....walau sesusah mana pon...apa yang dia buat ingat kat anak-anak tapi anak-anak....kekadang lupa kat ibu.

You Might Also Like

2 apa kata anda?

  1. utk anak mak sanggup je kan walau malas...

    ReplyDelete
  2. kan?rs bsalah plak kami ritu tp bl dpt mkn trus x ingat rs bsalah tu...hik3

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^

Popular Posts

Banner

COPY AND PASTE

Tickers

SUDAH HALAL
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers