Memo untuk suami

2:21 PM

Khamis lepas pi review BSP.Selalu tak lama mana pon.
Sampai dalam pukul 8 pagi tup tup pukul 8.40 pagi dah setel semua.
Balik pekena dulu sarapan kat Kassim Mustapha.Pastu tengok ada masa lagi balik rumah rest jap dan siap-siap nak pi keja.

Alang-alang dah sampai Penang lajak pi Gaint makan Yong Tau Foo tomyam.
Syukur dapat makan.Alhamdulillah.
Bila makan sorang diri ni dia jadi cepat sikit.Tengok time awai lagi so pusing-pusing tengok baju.
Tengah pikir-pikir raya nanti nak pakai camna yek?
Lawa-lawa tapi apakan daya perutku bakal memboyot masa raya nanti.

Tetiba mata terpandang Popular terus 'tinggggg' dapat idea.
Masuk cari apa yang patut.Beli semua yang saya mau terus pi keja.
Balik dari keja suami tengok benda-benda yang saya beli tu pastu kata 'dok beli benda merepek-repek ni buat apa?'

'Eh...mana ada merepek.Tengok la nanti.Sat nak buat.'

Lepas pasang tulis semua panggil suami tengok.















Ha...kan tak merepek benda ni.

Beli whiteboard ni pon bukan apa....sejak dua tiga bulan lepas handphone dah takleh masuk production dan lab so asik kena tinggai kat dalam laci.
Kadang-kadang dah cakap kat suami bila-bila nak pi klinik tapi esok-esok suami tanya balik atau col or mesej tapi tak berjawab la so bila ada whiteboard ni takyah dok tanya dan mesej dah.
Ha....kan senang tu...hehehehe...




P/S : Takziah di ucapkan buat keluarga kak Pah yang kehilangan suami dan juga keluarga kak Anie yang kehilangan abang ipar iaitu 'abg Ti' dalam tragedi susur keluar jambatan ke-dua yang runtuh baru-baru ni.Al-Fatihah...moga roh mangsa ditempatkan dikalangan orang yang beriman.Amin.

You Might Also Like

2 apa kata anda?

  1. bijak bijak hihihihi. kira nk beli tp memang takde kegunaan pun buat kena marah je nanti. hihihi

    takziah jugak untuk keluarga arwah

    ReplyDelete
  2. hahaha...mula2 rs mcm merepek gak bl beli bnda ni tp bl dh pasang tulis rs amat bguna plak...hehehe

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^