3 jam menjadi baby sitter

8:44 AM

Hari Rabu lepas suami cuti.
Balik je dari keja suami ajak makan kat luar so kami pi makan ketam kat Juru je la.
Balik dari Juru lepak jap dengan kawan-kawan suami kat kedai mamak area umah ni.
Sembang punya sembang tetiba tersasul cakap ''Cian kat Adam...abes kena asap rokok''
Tup tup suami cakap ''Ha kalau camtu ayang bawa balik Adam kat umah la....satgi pukul 12 ambik balik''

Ha bagus sangat.Sapa soh gatai pi tegur kan dah padan muka kena jaga.
Adam ni anak kawan suami.Wife dia keja malam so dia bawalah anak dia lepak dengan kawan-kawan sesambil tengok bola.
Muskil gak nape ek tak ajak kengkawan tengok kat rumah dia.

So bermula la episod yang paling mencabar.
Kalau kau jaga anak sendiri lain la sebab memang dari kecik dengan kau kan.
Kalau jaga anak menakan pon anak menakan tu dah kenal-kenal la jugak muka kita neh tapi ni jaga anak orang.
Pestime pulak tu jumpa.
Ha...ambikkkkkk....

Sejam yang pertama tu waaa...best gak sebab Adam ni tak kisah dengan sapa pon.
Dia ok je.
Kau sembang la merapu meraban dia layankan aja dengan gelak tawa dia.
Mai jam yang ke-2....dia dah mula meragam....dah pukul 11 dah time tu...so agak-agak tu masa dia tido la kot.
Nak nak plak aku ni tak penah jaga budak kecik sorang-sorang.
Penah jaga anak menakan tapi time mak ada.
Ni sorang-sorang terus jadi gelabah bewak camna pon tak tau dah nak kata.
Semua benda buat tak kena.
 Bila dah nangis tu bancuhkan susu...bagi minum tapi dia minum sikit ja pastu sambung merengek-rengek.
Kadang-kadang slow kadang-kadang dah bunyi nangis dah.
Ha...kelam-kabut gak la takut ganggu jiran sebelah-sebelah.
Dukung la ke hulu ke hilir cakap itu ini tapi tetap juga dia nangis.
Waaa....mula la rasa nak marah pada diri sendiri sebab tak reti nak jaga budak kecik.
Last-last bawak ke balkoni ampaian kat dapur terus dia diam.
Uikkkk....kau ni Adam....nak dok luar ke?
Jenuh la....takkan kot aku nak kena kuar bawak jalan-jalan.Dah malam kot?

Mau tak mau duduk la kat balkoni tu sambil-sambil tepuk belakang sampai la dia tido.
Lenguh kau dok dukung dia dekat 30 minit.
Dah la Adam ni bambam.

Comey gila bila tengok dia tido.
Geram je.
Bila Adam dah tido aku pon sama tido.
Penat tau....huhuhuhu...buat keja rumah pon tak penat camni.#Errrcamnenakadaanaksendiricamneh?

Bila Adam terjaga merengek-rengek aku bangun sumbat susu so dia tido balik.
Pastu aku pon sama tido.
Suami balik jam 12 lebih-lebih pon tak sedar.
Suami tak kejutkan pon.Suami cakap tengok comey ja dua-dua tido.
Aku plak tido sambil peluk Adam time tu.

Tetiba ja kami dua jaga serentak sebab dengar bunyi fon suami.
Bapak dia suruh suami angkat bawak turun jugak-jugak.Takkan la nak biar dia tido kat sini sampai pagi.
Mau ngamuk mak Adam nanti.
Naseb la dia dah tak nangis time bangun tu sebab suami sibuk dok layan dia dan aku plak sibuk dok kemas barang-barang Adam.
Nampak sangat suami lagi pandai jaga baby....teruknya diri ni.....wuuuuuuuuuuuu......



#Masa Adam ada dok nangis-nangis rasa rimas tapi bila dia takdak mula rasa sunyi....errrr....errrr....apa ni apa ni...tak paham betoi la.

You Might Also Like

4 apa kata anda?

  1. alolololololololo,rasa nak gigit pipi dia ! :D

    ReplyDelete
  2. memang bambam adam tue hihihi.

    mesti bapak adam takut kak zai culik ank dia nt kihkihkih :p

    ReplyDelete
  3. kiera....mmg rs nk culik la jugak...hahahaha

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^

Popular Posts

Banner

COPY AND PASTE

Tickers

SUDAH HALAL
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers