Bakal Tetamu Allah | Alhamdulillah...semuanya dipermudahkan...

11:30 PM

Bakal Tetamu Allah | Alhamdulillah...semuanya dipermudahkan...


Assalamualaikum

Apa khabar semua? Sihat? Saya sihat ja kat sini. Hari ni saya cuti lagi.

Esok???

Masih bercuti lagi...hehehehe...best-best...rasa cam nak cuti lagi lama. Kes ragut yang saya alami buatkan saya kelam-kabut. Isnin tu saya sempat buat IC dan buat simkad baru untuk nombor telefon saya. Nombor dah ada tapi telefon belom beli lagi....hahahaha...amacam....sempoi tak?

Pastu petang tu dapat surat tawaran dari Tabung Haji. Gempak bergegar petang tu. Mana tak gempar bergegarnya, mak dan saya kena hantar surat tawaran sebelum 21 Sept 2011 berserta passport.

Ambik kau...baru kelam-kabut nak pi buat paspot pagi tadi. So saya baca surat tawaran tu betoi-betoi dan buat plan mana nak pi dulu....apa nak kena bawa masa buat dokumentasi. Kena susun strategi sesiap nanti kalut.


Awai pagi saya ke JPJ Seberang Jaya dulu buat lesen. Ada IC sementara tapi takda lesen takleh nak buat kad bank baru. Tak sampai 10 minit kat JPJ lesen siap...walaweyyyy...dasat...Thanks to pegawai-pegawai JPJ yang ramah mesra dan simpati kat saya. Siap lesen buat U turn ke Imigresen kat area situ gak. Tang sini lama. Orang punya la ramai. Kebanyakkan hat kulit cerah la. Diorang nak pi bercuti hujung tahun ni kot. Kat sini ambik masa dekat 4 jam.

1 jam tunggu giliran buat permohonan...3 jam pulak untuk dapatkan passport. So sementara tunggu 3 jam tu saya ajak mak ke CIMB nak buat kad baru. Tala CIMB Seberang Jaya tapi diorang suruh ke Mahsuri supaya cepat sikit siap. Tala pulak ke Mahsuri dan saya dapat kad dan sempat balik ke Imigresen dalam masa yang sepatutnya nak ambik passport.


Lega paspot dapat buat. Ingatkan pakai IC sementara takleh buat passport rupa-rupanya boleh. Syukur sangat-sangat. Pastu kami tala ke Tabung Haji Bagan Luar nak hantar surat tawaran, passport dan gambarun tuk Visa. Tengah-tengah dok proses dokumen gambar saya kena rejek. Tak cukup besar. Kelam-kabut tala pi kedai gambar tangkap gambar baru dengan muka yang dah sememeh dah. Jam 4 petang siap la semua proses dokumentasi kat Tabung Haji.

Alhamdulillah....


Dalam dok sibuk-sibuk buat semua tu saya terpikir-pikir camna la orang tua-tua yang takda transpot. Jenuh nak naik bas turun bas pi buat semua-semua ni. Kesian....Saya yang drive ni pon rasa letih...klau mereka la camna la agaknya.


Esok...nak kena buat medical check-up pastu hantar buku rawatan kesihatan haji. Kalau ada masa saya nak pi setelkan kad Maybank pulak. Cuti sampai 3 hari rasa macam nak tambah cuti lagi la...errr...bos bagi dak rasanya?

You Might Also Like

0 apa kata anda?

komen yang murni-murni yek ^.^

Popular Posts

Banner

COPY AND PASTE

Tickers

SUDAH HALAL
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers