Aku...bazar Ramadhan dan terawih

11:43 AM

Assalamualaikum

Macam mana posa ampa hari ke dua ni?
Ok ke tak?
Rasa-rasanya ok la kan...kan...kan...baru hari ke dua so semua masih bersemangat lagi.
Masuk hari ke dua puluh mesti dah lemau dah...hehehehe...

Hari ni cheq nak crita pasai cheq yang tersangkut dalam jemmed kemarin.
Balik time macam biasa...pukul 5 petang.
Bajet leh sampai umah pukul 6.15 petang camtu la tapi....
Cheq tersangkut dalam kesesakan lalu-lintas sepanjang jalan nak menghala ke rumah.
Semua jalan yang nak menghala ke umah cheq ada bazar ramadhan.
Walaupon kemarin sekolah cuti...orang gomen ada yang cuti tapi jalan tetap jemmed.
Bazar Ramadhan hari pertama...penuh sesak dengan manusia.
Memang syok tengok orang meniaga kalau camni tapi cheq tak singgah pon.

Berbekalkan tenaga tahap ultraman dah hampir-hampir kalah melawan raksaksa...kaki tangan cheq dok mengawal keta manual.
Memang stress....
Dah la mulut nak kena jaga takut-takut terlepas benda yang bukan-bukan...kang tak pasal-pasal kurang pahala puasa.
Masuk-masuk kawasan umah terus rasa lega.
Kelam-kabut mandi dan sembahyang Asar.
Tak tolong mak buat apa pon sebab dah tak larat.

So bila terawih...8 rakaat je la yang cheq larat buat pon.
Sementara tunggu mak dan jiran cheq berterawih cheq lena kat belakang....hehehe...
Malu gila tapi takkan nak paksa diri nak buat kalau tak laratkan?

Emmm...hari ni agak-agak leh sampai pukul berapa?
Letih la kalau hari-hari macam ni.

You Might Also Like

2 apa kata anda?

  1. oh belum lagi berkesempatan nak ke bazar ramadhan..en.suami menggalakkan masak sendiri..huhu..

    feel free to jon this contest..

    http://pageibushifaa.blogspot.com/2011/08/contest-apa-tema-outdoor-uolls.html

    ReplyDelete
  2. oh belum lagi berkesempatan nak ke bazar ramadhan..en.suami menggalakkan masak sendiri..huhu..

    feel free to jon this contest..

    http://pageibushifaa.blogspot.com/2011/08/contest-apa-tema-outdoor-uolls.html

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^

Popular Posts

Banner

COPY AND PASTE

Tickers

SUDAH HALAL
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers