Travel | Bercuti di Port Dickson

8:39 AM

Travel | Bercuti di Port Dickson


Salam. CNY kali ni saya bercuti-cuti ke arah Selatan. Seminggu company shutdown, dok rumah taktau nak buat apa pula. Plannya nak bercuti ke Port Dickson dan Melaka je tapi dah terlepas ke tempat lain pulak bila sampai Kuala Lumpur ni.

Seawal jam 6.30 pagi kami bertolak ke Port Dickson dari Danau Kota dengan berbekalkan nasi beriani dan kari ayam dari air tangan Chef Zam. Sampai di Port Dickson jam 8 pagi camtu. Tercari-cari port pantai mana yang best untuk mandi dan terjumpa pantai ni. Dan saya pon tau sini orang panggil apa...lupa nak snap nama tempat tu.




Cantikkan? Pasir pantainya putih halus. Kat sini tak ramai lagi yang mandi. Just budak-budak bujang 5 6 orang je mandi. So kami pon terus berkelah.


Kami mandi awal pagi moga-moga kulit tak sunburn dan ada lagi trip lain yang kami nak pergi.


Penat berenang naik atas makan bekalan nasi beriani dan kari ayam...sedap...pedas...mantopp... Agak-agak bila matahari dah naik kami pon bersiap-siap nak ke Melaka pula.


Singgah sebentar kat bazar-bazar yang menjual baju dan cenderahati. Sempat beli cenderahati untuk kengkawan.


Pastu sempat round kat pantai sekitar tu pula tapi pasirnya tak best. Pasirnya kemerah-merahan dan agak kasar.


Dan disebabkan kami tak mahu bersesak-sesak macam ni lah kami sanggup berkelah awal pagi di Port Dickson. Lihatlah lautan manusia yang datang berkelah. Beribu-ribu lemon. Air pon sampai keruh. Memang semua pakat ambik kesempatan berkelah time CNY ni.

Lepas pusing-pusing kejap kami pon bertolak ke Melaka. Tunggu next entri...

CNY~dah sampai ke Melaka dah...



You Might Also Like

6 apa kata anda?

komen yang murni-murni yek ^.^