Puasa dan Raya 2023

10:11 AM

 Assalamualaikum

Pejam celik pejam celik dah setengah bulan kita berpuasa. Cepatnya masa berlalu puasa kali ni. Tahun ni berpuasa rasa lemau sangat. Buat-buat bahagia pun sebab kali ni Aqil yang paling semangat berpuasa sembahyang. Hari-hari update bagitau. Auni berpuasa setengah hari. Demi anak-anak gagah juga balik keja dah lambat pun masih nak goreng cucur dan mee bihun bagai.



Jarang sangat beli makanan di bazar. Kalau beli pun sekadar kuih-kuih talam satu dua jenis sahaja bila teringin. Puasa kali ni punya penangan jem gila-gila. Balik ikut jambatan kedua ingat tak jem, uiiii....keta banyak dah oiiii. Pakat-pakat lari elak jem jambatan pertama.

Puasa hari pertama sampai hari ke-4 balik rajin gak memasak kuih dan lauk-pauk tapi selalu sangat lauk tak habis. Sayang bila nak buang. Penat ja balik kalut-kalut memasak tapi diorang jamah kuih dan mee bihun ja. Orang dalam rumah ni pula bila tengok lauk semalam diorang dah tak sentuh. Perangai sangat. Jadinya terus ambil kata sepakat dengan suami cuma masak kuih atau bihun mee satu mata saja waktu berbuka dan topup satu dua jenis kuih talam. Kadang tu bertukar-tukar juadah dengan kakak ipar di sebelah rumah jadinya buka puasa ada dua tiga jenis makanan. Sahur kita makan nasi menu simple ala Khairul Aming satu dua mata ja. Kadang tu nasi goreng dengan telur dadar atau nugget. Selalunya nasi goreng atas permintaan Aqil. Senang janji tak membazir. Dah la kos bahan mentah mahal.

Rasa tak seronok puasa kali ni bilamana tok Besah jauh nun di Selatan tanah air.....wuuuuu....Abang sulung jaga tok Besah sebab dah banyak kali tok Besah jatuh akibat tak dapat imbang badan disebabkan sakit SCOLIOSIS yang makin teruk. Tok Besah dah membongkok S ke kanan(scoliosis) dan bongkok ke depan(bongkok tua).



Jatuh dalam bilik air tu dah selalu. Mujur tak ada apa-apa. Pernah jatuh longkang kat dapur masa balik dari kenduri rumah jiran(dah larang tapi tetap nak menyapu) sampai kaki bengkak dan nanah di dalam dekat 3 bulan. Ulang-alik klinik hospital ja masa tu tapi bengkak tak surut. Akhirnya abang sulung datang ambil dan buat operation kecil di klinik dia. Alhamdulillah lepas pada tu kaki dah takda nanah dan bengkak pun surut. Yang terbaru sebelum puasa jatuh kat dapur sampai lebam sebelah muka. Itu yang membuatkan abang terus datang ambil tinggal kat sana. Bila ajak duduk sekali dengan anak-anak yang lain tok Besah tak selesa. Mungkin taknak susahkan kami yang kerja biasa-biasa ni. Tinggallah anak bujang tok Besah seorang diri di rumah sana.

Baru faham perasaan orang yang merantau jauh dan dah kehilangan mak ayah. Eh....cop..cop...cop...dulu pun saya merantau tapi waktu sekolah menengah dan masa sambung belajar la. Masa tu feel dia lain. Lepas pada tu dok celah ketiak tok Besah balik. Walau dah berkahwin, tiap minggu mesti berbuka dan sahur atleast sehari dengan tok Besah. Tapi kali ni lain rasanya bila tok Besah jauh kat sana. Bila dah tua-tua ni, dah ada anak baru faham perasaan mak-mak erti bahagia berbuka dan sahur bersama. Nak-nak pula bila video call, anak-anak tanya kat tok 'bila tok nak balik?' ah...cucu-cucu yang duduk berpantang masa kecil dengan tok Besah dah mula rindu. Kadang ajak mak diorang ni balik tido  rumah tok walaupun cuma ada Acu ja kat sana.

Nak pula bila abang cakap kali ni tak dapat balik raya sebab anak abang yang sulung baru tahun pertama menjadi doktor dan tak dapat cuti raya, jadi diorang taknak tinggalkan along sorang-sorang kat Johor pagi raya. Maka kami kat sini...bertabahlah. Terus takdak semangat nak buat bersediaan raya. Harap-harap esok lusa dia mai la semangat tu. Kesian kat anak-anak ja.

Mak mertua? Ada ja ni. Kadang duduk dengan kak ipar di sebelah rumah. Kadang duduk dengan kak ipar yang lain. Jaga gilir-gilir. Tapi feel dia lain. Korang doa-doa la roh raya masuk dalam diri kami bagi ada semangat sikit. Nak beli baju raya oiii tapi aura tu tak sampai....hahahaha...

You Might Also Like

2 apa kata anda?

  1. sama la dekat rumah ni masak menu biasa2 , pernah lalui perkara masa PKP 2 tahun lalu, tahan rindu nak beraya dengan family dekat kampung,

    ReplyDelete
  2. Selamat Hari Raya. Semoga raya tahun ni beri 1001 makna.

    Follower baru blog ni. 😃

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^