Master Pasto | Cuma Panaskan Dan Makan

1:45 PM

Haluuuuu....mama terjumpa satu jenama spaghetti yang siap sedia di makan di pasaran jadi meh la nak kongsikan apa yang best sangat produk ni.


Spaghetti Master Pasto keluaran  Lioco Food Industries Sdn. Bhd. ni memang sesuai untuk mama yang asyik tak sempat masak tapi anak dah nak makan sangat-sangat, yang malas nak masak macam mama juga…hahaha…dan sesuai juga untuk di bawa travel.

Korang pernah dengar Master Pasto?


Meh kita nak kenal sapa Master Pasto tu. Master Pasto adalah produk pasta siap sedia untuk di makan dan paling senang untuk disediakan. Mana tak senangnya, 3 minit saja penyediaannya. Fuhhhh…pantas sangat.


Ada 3 jenis produk keluaran Master Pasto iaitu :-
  • Spaghetti Mushroom Cream Sauce
  • Spaghetti Bolognese With Chicken
  • Spaghetti Aglio Olio With With Chicken
Kini Master Pasto ada dalam 2 jenis packaging iaitu :-
  • Economy Pack

Economy Pack ini jenis packaging yang lama. Kotak jenis nipis mengandungi 2 pek kedap udara dengan berat 280 g.
  • Convenience Pack

Convenience Pack pula jenis packaging sekali dengan bekas makan kedap udara berserta garfu dengan berat 290 g. Ia amat sesuai untuk travel.

Di dalam setiap pek Master Pasto terdapat 2 pek kedap udara yang di bungkus dengan menggunakan teknologi tinggi. Ia mengandungi sebungkus spaghetti dan sebungkus sos yang telah siap di masak bersama bahan-bahannya termasuk cendawan dan isi ayam.


Keistimewaan produk Master Pasto ini :-
  • Spagetthi segera
  • Tiada perasa tiruan(MSG)
  • Tiada bahan pengawet
  • Siap di masak sepenuhnya, hanya perlu panaskan sahaja
  • Panaskan dalam masa 3 minit
  • Tiada penyejukan yang diperlukan(tak perlu simpan dalam peti sejuk)
  • Semestinya HALAL

Ada 2 cara penyediaan pasta dari Master Pasto ini.
  1. Didihkan bungkusan Master Pasto di dalam air mendidih.
  2. Panaskan menggunakan microwave.


Ini saya sediakan spaghetti menggunakan kaedah didih dalam air panas.

Tada….dah siap sedia untuk di makan.


Sesuai sangaat dengan slogannya "Just Heat and Eat!".

Rasa kuahnya pun sedap dan yang paling penting boleh makan pasta macam kat restoran tapi cuma perlukan masa 3 minit penyediaan sahaja.



Mana nak dapatkan produk Master Pasto ni?

Korang boleh dapati spaghetti Master Pasto ini di :-

  • KK Mart
  • Hero Market
  • Jaya Grocer(Penang)
  • Billion Group-KSUtama
  • Urban Retail
  • Jazco Speedmart

Untuk maklumat lanjut boleh ke :-

Website: https://www.masterpasto.com



You Might Also Like

1 apa kata anda?

  1. wah semakin mudah ekk :)
    tak jumpa lagi ni kat sini.
    tapi bagi aida, buat pasta gini sgt mudah.
    sos pun berlambak dah jual. tambah daging jer.
    apapun, gini is perfect if travel, kan :)

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^