Pertama Kali Cabut Gigi Susu Aqil Najmi

4:12 PM


Assalamualaikum

Saya dan suami memang jaga gigi anak-anak. Dari bayi bila dah tumbuh gigi mula ajar gosok gigi. Hari-hari pesan gosok gigi bila mandi. Bila ke supermarket dia berkenan berus gigi yang baru ada corak kartun yang dia suka kami akan beli. Nak gigi anak cantik taknak jadi macam gigi mak ayah depa ni. Satu gigi susu Aqil yang atas tu sedikit kuning selepas jatuh tersembam. Gigi tu berdarah dan lepas pada hari tu gigi yang satu tu berubah warna.



Hari ni abah Aqil bawa dia cabut gigi susu buat pertama kali. Nervous bukan main tau takut anak menangis. Kita nak cabut gigi yang goyang tu dia tak kasi jadi biar doktor kat klinik pula pujuk.

Sebenarnya saya baru ja dapat tahu dua gigi susu bawah dia longgar bila saya check gigi adiknya.

Aqil : Mama gigi Aqil dah goyang-goyang macam Upin Ipin. Aqil ada gigi 2 baris(bagitau dengan bangganya)

Mama : Dua baris???? Mana bagi mama tengok?

Aqil : Ni….aaaaa…(sambil nganga)

Mama : (terkejut)



Gigi kekal dah naik kat belakang gigi susu tu. Patutlah dok perasan gigi bawah dia makin renggang tapi tak sangka pula dah tumbuh gigi kekal kat dalam tu. Bila kita tanya kenapa tak cakap kat mama, dia boleh kata sebab tak sakit. Aduhai la anak…mama abah usaha jaga gigi anak takmau bagi buruk, kurangkan makan jajan dan coklat supaya senang nak jaga nak cabut tapi dia boleh tak bagitau.

Nah….budak baru lepas cabut gigi. Muka sedih….hahahaha…



Lepas cabut gigi dia call mama ucap terima kasih sebab paksa dia cabut gigi kat klinik. Bagitau mama kata tak sakit pun….hahahaha…lawak la anak yang sorang ni.

You Might Also Like

2 apa kata anda?

  1. good boy la aqil berani. biasa budak budak takut bab cabut gigi ni

    ReplyDelete
  2. Gigi dia macam Kimie, bila longgar ja tandanya dah ada gigi baru kat bawah. Penakut macam Izzat, masa dia tadika, cikgu tadika dan pembantu cikgu yang cabutkan gigi pertama dia

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^