ID.AZ Mask Dari Korea Yang Wajib Korang Cuba
9:01 AMID.AZ Mask Dari Korea Yang Wajib Korang Cuba
Hai semua
Sejak akhir-akhir ini banyak pencemaran udara yang telah
berlaku. Ini boleh menyebabkan liang pori-pori kulit wajah tersumbat dan
menjadikan wajah kusam serta berjerawat. Disamping mencuci wajah dengan
pembersih serta pemakaian toner dan pelembab pada kulit wajah, korang boleh
mendapatkan rawatan sampingan yang boleh dilakukan di rumah mengikut keselesaan
dan kemampuan diri korang. Sambil-sambil lipat baju pun korang boleh rawat
kulit wajah korang tau.
Hari ni saya nak perkenalkan 3 mask yang wajib korang cuba
dari ID.AZ Korea yang sangat popular di Korea. Produk ini telah dihasilkan dari
sebuah hospital kecantikan Korea terkemuka iaitu Asia Beauty Care dan diberi
nama ID. AZ pula bermaksud ia merangkumi ke semua aspek dari A hingga Z. ID
Hospital ini mempunyai kepakaran dalam bidang kecantikkan kulit wajah.
Tiga mask dari ID.AZ yang wajib korang cuba ini adalah :
- Dermastic WATER-fit mask
- Dermastic BRIGHT-fit mask
- Dermastic GOLDEN-fit mask
Saya dah cuba kesemua mask ini dan ia amat sesuai untuk
kulit wanita Asia. Jom tengok secara dekat apa yang best tentang mask ini.
Dermastic WATER-fit mask-Hydrating
Mask ini mampu melembabkan dan meremajakan kulit wajah
korang dengan penggunaan yang konsisten. Ia amat sesuai untuk mereka yang
mempunyai kulit wajah yang sensitif tapi kulit wajah kombinasi macam saya pun
boleh cuba. Dengan bahan seperti sea water, hydrolyzed collagen dan sodium
hyluronide yang digunakan dapat melembutkan dan menghidrasi kulit wajah. Water
Fit Skin Mask ini dapat menyerap dengan cepat untuk mengatasi masalah kulit
kering.
Masknya yang nipis mengandungi deep-sea
collagen mampu melembabkan kulit dan memberi rasa rilek dan tenang.
Seharian melakukan aktiviti diluar rumah saya gunakan Dermatic Water-fit mask
ini pada waktu malam, rasa sejuk mask ini membuatkan saya berasa tenang. Kulit
berasa lembap selepas penggunaannya.
Dermastic BRIGHT-fit mask-Brightening
Mask ini dapat memutihkan kulit wajah dan sesuai digunakan
pada semua jenis kulit termasuk yang mempunyai kulit sensitif. Masknya yang halus
dan nyaman ini tidak akan menimbulkan iritasi pada kulit yang memberikan kesan
kulit yang cerah.
Lapisan masknya sedikit tebal berbanding mask yang lain
dengan ramuan yang digunakan seperti ekstrak mutiara, ekstrak portulaca
oleracea dan berry complex di dalam Dermatic Bright-fit mask, ia dapat
mencerahkan kulit korang secara tidak lansung.
Lepas saya gunakan Dermatic Bright-fit mask ini, tona kulit
semakin sekata dan cantik. Jika penggunaan yang konsisten dan berterusan
mungkin kulit wajah saya menjadi sekata.
Dermastic GOLDEN-fit mask-Nutrition
Dengan penggunaan 99% emas asli di dalam Dermatic Golden Fit
Mask dapat memberikan kesan berkilau pada wajah. Ia sesuai digunakan pada semua
jenis kulit termasuk kulit sensitif. Memang mask ni kegemaran saya la. Sapa tak
suka dengan emas betul tak?
Dengan bahan perawatan yang mewah seperti emas, madu, royale
jelly dan propolis dapat memberikan nutrisi pada kulit wajah agar lebih cerah,
sihat dan anjal disamping dapat melembapkan kulit.
Produk ini memberikan pengalaman mewah perawatan estetika di
rumah dengan 99% emas asli yang memberikan nutrisi yang melimpah pada kulit. Lepas menggunakan Dermatic Golden-fit mask ini saya berasa kulit
wajah pun jadi kurang berminyak dan makin lembap.
Cara Penggunaan ID.AZ Dermatic Mask
Cara nak guna pun
mudah. Selepas bersihkan wajah dan gunakan toner.
Buka kemasan, pisahkan
bahagian dalamnya(film) dan pakaikan pada muka dan biarkan selama 10 hingga 20
minit. Lebihan serum yang ada di dalam pek korang boleh sapukan pada wajah
selepas penggunaan ID.AZ mask ini. Kulit wajah akan berasa lembut, gebu dan segar selepas penggunaannya.
Harga ID.AZ Dermatic Mask
Kalau korang nak dapatkan ID.AZ Dermatic Mask ini boleh dapatkan di Watson yang berdekatan.
• Dermastic
WATER-fit mask-Hydrating : RM12.90
• Dermastic
BRIGHT-fit mask-Brightening : RM12.90
• Dermastic
GOLDEN-fit mask-Nutrition : RM19.90
Barang bagus setanding dengan harga tak rugi kalau korang dapatkan. Sambil-sambil tengok tv boleh juga 'me time' dekat rumah manjakan wajah. Tak gitu?
3 apa kata anda?
Dah cuba..semua suka! Paling best pakai hydro gel gold tu. Terasa diri begitu berharga :)
ReplyDeletepackaging dia nampak exclusive sangat..
ReplyDeleteMenarik packaging dia
ReplyDeletekomen yang murni-murni yek ^.^