Bila Auni Cuma Suka Roti Jagung

1:06 PM

Assalamualaikum...

Anak-anak ni macam-macam ragam. Yang sorang suka makan, dapat yang sorang lagi payah nak makan pula. Tapi dalam payah nak makan berat tak pernah mengecewakan....hahahaha...jenis isi banyak macam mak dia la katakan :p

Auni tak seperti abang Aqil yang makan apa saja. Dulu Aqil masa kecil, seronok mama dia dok bereksperimen masak makanan dia sebab dia akan makan apa saja yang dimasak. Bila bab Auni, mama jadi pasrah itu berserah.

Baru nak suapkan dia nasi dah berlari sana sini dia. Payah sungguh nasi nak masuk mulut tu. Kalau bihun sup atau kotiaw laju pula makan. Kadang tu dia cuma ratah isi ayam, udang, telur goreng, sayur ubi, lobak merah, labu dan buah-buahan ja.

Bubur nasi?

Jangan haraplah. Dia rasa sikit terus dia luah.

Tapi....

Bila bagi makan roti perisa jagung dari Gardenia sebungkus yang harga RM0.90 tu pun dia boleh habiskan. Bagi perisa lain dia main-main koyak-koyak je.

Tadi nak habiskan duit makan dalam badge keja yang company bagi tiap hari, eh...ada pula Fluffy Buns perisa Kastard Jagung dari Gardenia terus terfikir Auni.


Mesti Auni suka dapat makan roti jagung.

Harga RM3.50 dan ada 6 ketul buns dalam satu bungkusan dengan berat bersih 280g. Kira lagi untung beli yang ini berbanding biasa.

Eh...bila lama-lama dok tengok roti Gardenia ni kat atas meja terasa nak makan la pula....hahaha...

#halal
#bmf

You Might Also Like

5 apa kata anda?

  1. Hehe.. Biasa lah kan.. Ragam anak-anak ni memang lain-lain.
    Tapi.. Roti Jagung tu memang sedap..

    ReplyDelete
  2. roti feveret suami kak ana ni Zai hehe :)

    ReplyDelete
  3. Suka juga roti jagung gardenia ni. lembut. boleh geng ngan auni ni

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^