Tahap Pertumbuhan Gigi Anak
2:46 PM
Assalamualaikum….
Bila ada anak kecil ibu bapa jadi tak sabar nak tunggu
setiap satu fasa perkembangan anak dari anak boleh meniarap hinggalah berlari. Auni dah lalui fasa-fasa tu mengikut
perkembangannya. Tak terlalu cepat dan tak terlalu lambat.
Bab pertumbuhan
rambut pun boleh dikatakan paling cepat. Dalam seminggu cukur rambut dah tumbuh
anak-anak rambut halus kat kepala. Rambut Auni tumbuh sekata kerinting dan
kembang takda istilah makan bantal. Cuma satu je perkembangan pada Auni yang
lambat iaitu bab gigi.
Jenuh mama dia ni
bersabar bila la gigi Auni nak tumbuh banyak. Dok sebatang tu dah 2 bulan. Auni
mula tumbuh gigi masa umur 1 tahun 1 bulan. Lepas tu gigi dia yang lain dah tak
nampak bayang. Makan dah macam-macam gigit semua benda tapi gigi tetap satu.
Punya seronok mama ni bila Auni tumbuh gigi siap beli berus gigi bagai,
alih-alih keluar sebatang je?
Jom tengok
perkembangan gigi bagi bayi.
Sepatutnya umur
Auni dah ada 8 batang gigi.
Setengah orang
tua-tua kata gigi kalau lambat tumbuh lambat juga luruh. Betul atau tak tu
terpulang la nak percaya ke tak tapi bila anak dah mula tumbuh gigi kita kena
la mula jaga gigi tu walau gigi susu. Ajar anak berus gigi dari kecil agak
mereka terbiasa berus gigi.
Alhamdulillah
Aqil saya ajar dia berus gigi waktu giginya tumbuh masa umur 9 bulan. Sekarang
dah umur 6 tahun gigi susu dia masih elok lagi. Jadi ibu-ibu bila anak dah
tumbuh gigi cuba ajar mereka memberus gigi dari kecil dan kurangkan makanan manis
seperti jajan supaya gigi elok terjaga serta bawahlah anak anda berjumpa doktor gigi untuk pemeriksaan.
3 apa kata anda?
seronokkan tgok anak2 membesar di depan mata?
ReplyDeletedone follow your blog.
www.zukidin.com
Yg xde anak teruja tengok hihihi
ReplyDeleteseronok tengok perkembangan bayi. sekarang dok tengok perkembangan anak sedara laa nak masuk 9 bulan dah. Gigi dah ada 6 batang. 4 batang gigi atas tu tumbuh kat serentak baru nih.
ReplyDeletekomen yang murni-murni yek ^.^