Nikmati BBQ Merdeka dan Makan Tengahari Hari Malaysia Di Ixora Hotel Penang

3:36 PM


Merdeka Day BBQ Buffet Dinner dan Malaysia Day Buffet Lunch


Hi semua…

Pejam celik pejam celik dah masuk bulan Ogos dah pun tahun ni. Bulan Ogos bulan sambutan Hari Kemerdekaan dan bersambung dengan Hari Malaysia pada bulan September.

Korang ingat tak ni?

Kalau korang ingat ni saya nak bagitau satu berita baik.

Sempena bulan Kemerdekaan dan sambutan Hari Malaysia, Ixora Hotel Penang ada menyediakan Merdeka Day Buffet Dinner dan Malaysia Day Buffet Lunch. Dengan dikendalikan oleh Chef Eksekutif Ixora Hotel Penang yang berpengalaman, Chef Cheng Ong telah menyediakan beberapa hidangan yang berkonsepkan masakan Malaysia dari pelbagai kaum. Korang boleh rasai pengalaman hidangan makan malam yang enak di The Straits Cafe & Lounge.

Bermula dengan pembuka hidangan, salad, sup, hidangan nasi dan mi, hidangan utama dan diperhebatkan lagi dengan gerai aksi yang menawarkan lebih daripada 50 hidangan. Hidangan makan malam buffet ni juga menawarkan hidangan panggang seperti BBQ Whole Australian Lamb, Lamb & Beef Skewers, Garlic BBQ Osyter, Vermicelli Scallops, Ikan Pari dan Ikan Nyok Nyok, Skewers Udang dan pelbagai menu panggang yang lain.
 
ikan pari dan ikan nyok nyok bakar

skewer prawns dan garlic BBQ oysters

cheese sausage dan vermicelli scallops

beef skewers dan lamb skewers


Menu buffet ini dilengkapkan lagi dengan menu tradisional  Lemang Tradisional dengan Ayam Rendang, Penang Char Kuey Teow, Yong Tau Foo, Otak-Otak, Roti John dan Satay Celup dan banyak lagi.
 
nasi ulam

lemang tradisional

char kuey teow




Untuk maklumat lanjut tentang promosi ini boleh lihat di bawah.
 

Merdeka Day BBQ Buffet Dinner
31st August 2019, 7.00pm until 10.30pm
Selling price at RM88+ (Adult) and RM58+ (Child)
Promotion: Buy 4 Free 1 (Adult only, full payment before 26th August 2019)


Malaysia Day Buffet Lunch
16th September 2019, 12.00noon until 2.30pm
Selling price at RM68+ (Adult) and RM42+ (Child)
Promotion: Buy 4 Free 1 (Adult only, full payment before 10th September 2019)

Tempahan meja amat disyorkan.

Kek Eksklusif Untuk Hari Istimewa Dari Ixora Hotel


Selain Merdeka Day BBQ Buffet Dinner dan Malaysia Day Buffet Lunch, Ixora Hotel Penang telah melancarkan koleksi kek eksklusif. Kek lazat dan premium dari Ixora Hotel ini menawarkan pengalaman paling luar biasa dan sesuai untuk sebarang majlis dan sebagai hadiah yang sempurna.









Koleksi kek termasuk dalam bentuk sepotong kek atau sebiji kek(500gm) yang perlu di tempah 3 hari lebih awal bagi yang ingin memesan sebiji kek.
 
saya dah rasa versi kecik comey...semua sedap
Kalau dapat kek comel cantik macam ni sapa tak suka. Ye dok?

Hubungi 04 382 8888 atau e-mel info@ixorahotel.com untuk pertanyaan lanjut.

Pertandingan mewarna dan melukis sempena Merdeka di Ixora Hotel

Berita baik bagi ibu bapa yang mempunyai anak yang pandai mewarna dan melukis, korang bolehlah memenuhkan jadual anak korang pada 31 Ogos nanti. Pertandingan mewarna dan melukis sempena Kemerdekaan akan berlansung di Ixora Hotel Penang.


Korang boleh daftar sebelum 15 Ogos ini. Bayaran cuma RM20 setiap penyertaan. Boleh hubungi Ixora Hotel Penang untuk maklumat lanjut.

You Might Also Like

1 apa kata anda?

komen yang murni-murni yek ^.^