Tudung Kekal Cantik Dengan Safiyya Hijab Spray

1:36 PM


Assalamualaikum…

Pernah tak bila gayakan tudung jenis bawal asyik tak menjadi? Kadang kita dah lambat, masa tu juga la bahagian awning tudung bawal berkeremot herot petot. Habis hilang mood satu hari kita nak berkerja.
 
Gaya saya dengan tudung herot 😅
Saya selalu sangat jadi macam ni. Biasalah awal pagi agak kelam-kabut nak hantar Auni ke pengasuh, Aqil ke pengasuh dia sebelum ke sekolah lepas tu saya nak ke tempat kerja. Lambat sikit keluar dari kawasan rumah dan lambat sampai ke tempat Aqil alamatnya lambat juga la saya dapat keluar dari tempat Aqil yang sentiasa sesak di waktu pagi. Kadang tu tudung dah jadi cantik tapi memandangkan dukung Auni pagi-pagi biasanya habis herot kena tarik.

Lama tercari-cari semburan untuk membuatkan awning tudung terletak cantik tapi selalu jumpa botol besar dan harga agak mahal. Nak buang tudung bawal dalam simpanan agak sayang. Ada tudung bawal yang berusia lebih 10 tahun tapi kondisi masih tetap cantik elok. Ada kain bawal kosong yang kain jenis lembut jadi agak susah dibentuk awningnya.

Dalam tercari-cari tu terjumpa SAFIYYA HIJAB SPRAY Limited Edition ni.



Apa yang best tentang SAFIYYA Hijab Spray?
Waterbase - Tidak meninggalkan kesan minyak pada fabrik.
Bau wangi - Wangi dan boleh digunakan sebagai perfume fabrik.
Hilangkan kedutan fabrik – Mudah digunakan. Cuma sembur fabrik dan seterika.
Bersaiz kecil - Ringan dan mudah dibawa ke mana saja(mesra travel).
Harga mampu milik – Harga untuk 2 botol bersaiz kecil.


Dan yang lagi best tentang SAFIYYA Hijab Spray ini, ia boleh digunakan untuk hilangkan kedutan di baju dan seluar slack juga. Yeaaaayyyy….lepas ni boleh gosok baju batik dengan senang.
 
Tudung kekal cantik terletak walau hampir 12 jam tanpa sokongan jarum peniti
SAFIYYA Hijab Spray Limited Edition ini ada 2 jenis wangian iaitu :-
Gucci Floral
Victoria Secret - Boomshell

Dengan harga RM25.90 SAFIYYA Hijab Spray limited Edition ini korang akan dapat free porch jadi senang kalau nak bawa balik kampung atau travel.



Kalau berminat nak dapatkan SAFIYYA Hijab Spray Limited Edition ini korang boleh hubungi Norul Azlina :-




You Might Also Like

4 apa kata anda?

  1. wahhhh bagusnya! Lepas spray cantik terletak je tudung tu

    ReplyDelete
  2. Boleh tahan sampai 12 jam ye tudung tu?

    ReplyDelete
  3. Bgus ni. . Saya kdg3 naik malas nk betulkn tdung.. Ada spray ni mudah la

    ReplyDelete
  4. selalu tudung bawal yang lembut suka bermasalah nak bentukkan

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^