Nur Auni Nadeera Turn 1

10:08 AM

Assalamualaikum...

7 Mei 2019 | Auni turn 1

Dah lama birthday Auni lepas jadi macam tak aci plak tak coretan serba sedikit pasal dia. Disebabkan birthday Auni jatuh pada awal puasa kami takde nak buat meriah. Orang kata selalu anak perempuan kita akan sambut meriah di rumah tapi saya tak buat pun.


Seminggu sebelum birthday Auni kami cuti-cuti dalam Penang sahaja. Nak pergi jauh cuti pun dah tak ada habis ditolak sempena company shutdown dari hujung bulan 12 lagi.
Jumaat petang kami check in di Rainbow Paradise Hotel Penang. Cadang nak bawa anak-anak bercuti je tapi malam tu dekat 9 lebih suami tanya tak nak beli kek untuk Auni ke?

Terus kelam-kabut siap-siap nak ke Tesco Tanjung Bungah cari kek. Ondaway nak balik ada accident plak kat area situ. Sejam jugak sangkut jem. Anak-anak pun dah lena dalam kereta.

Sampai je bilik terus sambut birthday Auni. Sambut kami 4 beranak je. Auni pon masih tak faham lagi. Tengok la muka budak baru bangun tido....hahaha...


Jadilah habuan buat kenangan. Buat anak mama abah Nur Auni Nadeera Mohamad Zamree, mama abah doakan Auni jadi anak yang berjaya dunia dan akhirat serta diberikan kesihatan yang baik....aamiin. Auni anugerah buat mama abah selepas 5 tahun berusaha nak dapatkan zuriat selepas abang Aqil. Mama abah sayang Auni selamanya.

You Might Also Like

3 apa kata anda?

komen yang murni-murni yek ^.^