Inspirasi Untuk Kita Berjaya Dari Lelaki 3 Jari Pengasas JamuMall

2:00 PM


KEMAMPUAN LELAKI 3 JARI INI BUAT RAMAI RAKYAT MALAYSIA MENANGIS!

Assalamualaikum...hari ni saya nak kongsikan kisah yang mampu memberi inspirasi untuk kita sebagai manusia normal untuk berjaya dalam hidup.



Beliau adalah seorang yang sangat berjiwa besar dan tabah mampu mengubah hidup dari seorang OKU yang tidak dipandang dalam masyarakat kepada seorang yang mampu membuka mata dan memberi inspirasi kepada kita insan normal. Beliau, saudara KHAIRUL NIZAM adalah pengasas JAMU MALL.


Luahan di facebook beliau sangat terkesan….


Diusia 30 .. dgn keadaan cacat .. aku betsyukur dgn kehidupan .. aku berjaya membina satu syarikat jamumall sdn bhd , dan membina platform jualan jamumall.com .., aku happy mampu beli ape ku nak , mampu makan yg mewah , mampu travel ke dubai , korea , japan, australia dan byk negara aku dan sampai.. yg paling best aku dpt sediakan rumah meeah utk keluarga , tanggung family dan bersedekah setiap hari ...

Bukan nak riak ... tapi aku tau ramai sebenarnye org diluar sane nak jadi mcm aku , nak byk duit mcm aku , nk bahagiakan family mereka mcm aku .. tapiii adakah mereka sekuat aku??

Lihatlah aku ...

kehidupan aku dulu tak mcm ni. Bayangkan anda di dalam jasad aku.. makan perlu disuap , mandi perlu diuruskan , duduk perlu diangkat , dan tidor perlu dijaga , bukan mudah untuk aku meneruskan kehidupan seharian .


Aku menanggung kehidupan ini bukan sehari , bukan tiga hari , bukan seminggu , bukan sebulan tetapi bertahun tahun !!! Ade ketika saya rasa sangat terkesan bile ade ketika bile sy haus , lapar , penat , takde org disisi .. tapi takkan aku nak mengharapkan mati??? Allah beri aku nyawa , nafas , sedikit kekuatan jari dan akal mesti ade sesuatu manfaat yg nak aku buat ..


Aku cube merenung dan mengimbas kehidupan ramai org diluar .. kalaulah aku di beri tubuh fizikal sempurna , boleh berjalan , berlari , melompat pasti akan aku gunakan sehabis baik untuk beri manfaat pada org lain ...


Aku melihat ramai yg malas untuk ubah hidup sendiri  , ramai yg suke bg bermacam alasan bile bekerja, ramai yg cepat giveup bile ade cabaran !!


Ramai cube memilih untuk kerja senang , taknak susah , lebih memilih kehidupan susah tanpa usaha dengan kuat , sanggup berhenti kerja dan mengangur bertahun2 atas dasar ego boleh bergerak sendiri dan sanggup melihat keluarga dan org sekeliling susah, Paling terkesan nak bg duit mak dan ayah, family pun tak mampu ... Aku sedih !!! Terdetik keinginan aku untuk bantu mereka ...


Jadi aku bangkit!!! Aku cuba buktikan pada masyarakat the best kehidupan adalah atas dasar bersyukur .. bersyukur dengan nikmat yg allah beri dan jangan sia2 kan , aku bangkit untuk beri manfaat pada org lain . Aku nak satu dunia nampak hanya 3 jari dan satu akal aku dpt melihat kegembiraan , senyuman ramai org2 disekeliling aku ..


Kini aku sedar .. untuk berjaya dlm kehidupan , pekerjaan , mahupun bisnes bukan mudah . Tetapi atas keinginan yg kuat , kasih syg yg hebat , keberanian yg tinggi , suka berlajar dan improve diri , dan juga seorang yg berkomitmen tinggi membawa aku ketahap sekarang ..


Dan semua value yg ade dlm diri aku akan aku bawakan kedalam semua team aku dan masyarakat untuk mereka bangkit , bersemangat , dan berjaya !!!

Akhir kata ... kalau aku ada 3 jari dan akal mampu membina kehidupan sendiri dan kebahagiaan org sekeliling .. anda ade berapa jari untuk ubah kehidupan?? Usia semakin meningkat, jangan tunggu lagi.. kite je mampu ubah diri kita!!

Kalau beliau mampu ubah diri dari seorang OKU kepada seorang ahli perniagaan yang berjaya, mengapa tidak kita? Kita harus bersyukur kerana dilahirkan hidup sempurna jadi kita tak usah mengalah bila saat kita jatuh. Ayuh bangkit bersama-sama seperti Khairul Nizam pengasas JamuMall.com. Jom follow Khairul Nizam

You Might Also Like

2 apa kata anda?

  1. Kisah beliau memang sangat memberi inspirasi pada kita untuk lebih berjaya

    ReplyDelete
  2. Siapa yang rasa nak putus asa tu. Baca la kisah kisah yang camni. Dapat memberi inspirasi. :)

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^