BUFFET RAMADHAN PENANG 2019 | THE LIGHT HOTEL PENANG
12:47 PM
Khazanah Sajian Nusantara di Spice Brasserie The Light Hotel Penang
Ramadan tiba
lagi. Kali ini The Light Hotel Penang dengan bertemakan Khazanah Sajian
Nusantara menawarkan lebih dari 171 juadah untuk berbuka sepanjang Ramadan. Penang & melaka memang terkenal sebagai syurga makanan. Seperti list hotel ibusyurga ini. Dengan menyajikan sajian Selera Minang yang pasti membangkitkan selera para
pengunjung sewaktu berbuka. The Light Hotel Penang menyajikan menu-menu yang
terbaik dari pasukan chef yang berpengalaman dan menu-menu tersebut akan
ditukar setiap hari dan untuk tahun ini dihidangkan panas-panas 6 jenis gulai kawah.
Berbuka Dengan
Selera Minang
Kali ini dengan
menu dari Negeri Sembilan, The Light Hotel Penang menyajikan Kambing Percik
Minang, Telur Itik Masak Lemak Cili Padi, Rendang Daging Nogori, Gulai Lemak
Nanas Ikan Talang Masin, Sambal Gesek, Gulai Pisang Muda, Gulai Pucuk Ubi Ikan
Bilis, Gulai Ikan Sembilang Salai, Gulai Daging Salai Pucuk Ubi Dan Terung
Telunjuk serta banyak lagi.
Turut disajikan
pada pengunjung Daging Lembu Tenderloin Dengan Salutan Kopi Istimewa, Ketam
Bercili, Kari Ikan Masin Dengan Kacang Bidang dan Murunggai, Ikan Pari Asam
Pedas, Pajeri Nenas Udang Kering, Kambing Keema Dengan Roti Pita, Sup Tulang
Daging dan Koay Teow Kambing Special.
Aneka ulam-ulaman serta kerabu dan sambal juga turut disediakan. Bagi penggemar ketupat dan lemang boleh rasainya di sini bersama serunding atau Rendang Daging Nogori.
Terdapat 15
jenis pencuci mulut yang disediakan seperti ais kacang, kek yang beraneka rasa,
buah Melaka, kuih koci, kuih ketayap, Kuih seri Muka, Lepat Pisang,
Buah-buahan, aneka jenis kuih raya baru dan lama.
Gerai masakan
panas turut disediakan untuk menu seperti Mee goreng dan Char Koey Teow yang di
goreng apabila dipesan. Terdapat juga warung nasi ayam dan tandoori.
Bagi yang ingin
berbuka puasa secara ringkas, The Light Hotel Penang menyediakan set makan
malam yang ringkas untuk korang iaitu Biryani Dome Set yang menyajikan Nasi
Biryani, Ayam Bawang, Kambing Kari Pekat, Sambal Sotong, Kurma Telur atau
Dalca, Sayur Goreng Masala dan didatangkan juga dengan kurma, pencuci mulut dan
1 jug air. Set ini minimum boleh di tempah untuk 6 orang.
Promosi bufet
Ramadan Khazanah Sajian Nusantara The Light Hotel Penang bermula :-
8 Mei hingga 4
Jun 2019
7 malam hingga
10 malam
Harga buffet Ramadan
RM110 seorang
untuk dewasa
RM90 seorang
untuk warga emas/kanak-kanak
Briyani Dome
Set- RM50 seorang(minimum 6 orang)
Selain itu
untuk kemudahan, pengunjung boleh menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Tarawih
berjemaah di surau yang disediakan. Surau disediakan berasingan untuk lelaki
dan wanita.
Pengunjung juga
akan dihiburkan oleh kumpulan Ar-Rayyan sepanjang berbuka dengan alunan lagu
irama Arab dan Melayu dari yang lama hinggalah yang terkini.
Bagi
menceriakan lagi tema Selera Minang, replika rumah Minangkabau disediakan untuk
pengunjung bergambar. Pengunjung akan merasai pengalaman sebenar, bergambar dan
berjalan menerusi Rumah Minangkabau.
Untuk tempahan
dan info lanjut boleh hubungi :-
Telefon
04-3821111
2 apa kata anda?
Sedapnya mak hang oiii
ReplyDeletedok kat utara pun boleh makan masakan nogori. sungguh syok lah macam tu ^_^
ReplyDeletekomen yang murni-murni yek ^.^