Kembali Bersiaran

11:05 AM

Haluuu....haaaa....

Fuh...fuh...mak muncul kembali selepas seminggu menyepi. Bukan menyepi apa tapi tak ada mood nak buat kerja minggu lepas. Biasalah dengan keadaan ekonomi dunia yang kian meleset, sektor swasta memang akan terasa bahang-bahang kemelesetan ekonomi tu.

Bermula dari penggal akhir tahun 2018 dah takda OT untuk semua pekerja. Itu mak tak kisah sangat sebab mak memang tak buat OT. Bertahun dah kot makan basic saja....Alhamdulillah masih cukup makan walaupun tak mewah.

Minggu lepas bermula pemberian VSS pada pekerja company mak keja. Mak memang minta kat bos kalau ada VSS. Tapi biasalah bos mak dok bagi nasihat itu ini. Kebetulan satu hari tu mak tumpang big bos ke building no.2. Dalam kereta big bos mak luahkan hasrat nak VSS. Pon kena tazkirah jugak sebab nak VSS. Orang lain punya takmau VSS. Entahlah, rasa takda hati nak keja dah sekarang ni. Jadi bosan nak keja. Perasaan je kot?


Minggu lepas bila sorang-sorang kena panggil dengan pengurusan, mulut mak ni tak habis-habis sebut kat bos 'Nama I ada kan dalam list tu?'. Berdebar-debar kau. Semua pakat tak boleh nak konsentret dengan kerja. Ada ja benda nak membawang. Company mak ada 3 building jadi bila orang dari building lain kena VSS, ada ja makcik pakcik bawang bagi info melalui company Skype. Terus pakat bergosip tak jadi buat keja. Malangnya habis seminggu pemberian VSS nama mak masih takda dalam senarai....hahahaha...taktau nak nangis ka nak gelak masa ni.

Semua kata gila nak VSS. Orang lain punya takmau VSS. Mak cakap okla keluar dari company bawa duit dari kau berhenti dengan tangan kosong.

Apa-apa pon mungkin khidmat mak masih diperlukan lagi oleh big bos untuk department mak ni. Ajeee mak jaga yield untuk 5 Subcon dalam dan luar negara je pon. Untuk mereka yang dapat VSS gunakan duit yang korang dapat dengan sebaiknya ok.

You Might Also Like

3 apa kata anda?

  1. Kt kilang ni pon ramai yg ambik VSs tu. .Tapi lapis tua2 la. .. Tapi company kontrak mcm saya xda vss tu. .Huhu sedih

    ReplyDelete
    Replies
    1. sini bg utk bwh 5 thn. yg kontrak akan ditamatkan kontrak

      Delete
  2. Jemput blogwalking blog kita hehe

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^