Baby Skincare Essentials dari Joielle Baby - Rangkaian Produk Bayi Yang Ibu Harus Miliki

9:24 AM


Hai korang. Apa persedian korang bila nak menyambut orang baharu dalam keluarga? Bagi bakal ibu dah semestinya cuba menyediakan pakaian dan peralatan bayi yang terbaik untuk si comel nanti. Ibu-ibu dah semestinya nak mencari rangkaian produk bayi yang bebas bahan kimia untuk kegunaan si comel setiap hari.



Hari ini saya nak memperkenalkan set bayi, Baby Skincare Essentials dari satu rangkaian produk bayi yang sudah 4 tahun berada di pasaran iaitu Joielle Baby. Baby Skincare Essentials Joielle Baby ini terdiri daripada:-
  • Baby Shampoo
  • Baby Bath
  • Baby Lotion
  • Baby Oil
  • Baby Cream
  • Baby Chest & Tummy Rub



Joielle Baby Shampoo


Baby Shampoo dari Joielle Baby ini amat sesuai untuk kegunaan harian yang boleh memberi kelembapan kepada kulit kepala bayi korang. Ia juga mampu menyelesaikan masalah ‘cradle cap’ yang menyebabkan tompokan sisik di kulit kepala bayi. Baby Shampoo ini berasaskan dari bahan-bahan semulajadi.


Joielle Baby Bath


Bayi mempunyai kulit yang nipis dan lebih sensitive berbanding orang dewasa jadi tidak hairanlah kulit bayi sering mengelupas dan kering. Joielle Baby Bath ini dapat membantu mengembalikan kelembapan pada kulit bayi serta membantu memperbaiki struktur kulit. Ia mengandungi wangian yang dapat memberikan kesan ketenangan kepada si comel anda. Buihnya pula tidak memedihkan mata.

Joielle Baby Lotion


Bayi yang baru lahir agak sukar menyimpan kelembapan dan cenderung kearah kulit kering. Jadi Joielle Baby Lotion dapat membantu sebagai pelembap tambahan untuk melindungi kulit bayi. Ia amat sesuai untuk kegunaan harian keseluruh badan selepas bayi mandi.

Joielle Baby Oil


Joielle Baby Oil ini sesuai digunakan sebagai minyak untuk mengurut si kecil korang dan sesuai digunakan oleh semua jenis kulit. Ia dapat membantu menghindarkan dan membersihkan kuping di kepala bayi. Baby Oil ini mudah menyerap ke kulit dan dapat membantu mengembalikan kelembapan pada kulit bayi. Selain untuk kulit, Joielle Baby Oil juga boleh digunkan sebagai minyak rambut untuk mendapatkan rambut yang lebih kuat, lebat dan bersinar.

Joielle Baby Cream


Joielle Baby Cream ini sesuai digunakan untuk kegunaan harian. Ia mampu membekalkan kelembapan sepanjang hari kepada si kecil. Sesuai digunakan untuk bayi yang mudah terkena ruam atau yang mempunyai kulit sensitive. Ia boleh digunakan pada badan dan pipi si kecil. Ia direka untuk ruam, milia, ruam panas dan kulit kemerah-merahan.

Joielle Baby Chest & Tummy Rub


Masalah bayi kembung perut dapat diatasi dengan Joielle Baby Chest & Tummy Rub.  Ia dapat membantu mengurangkan kembung perut dan melegakan ketidakselesaan perut si kecil. Disamping itu Joielle Baby Chest & Tummy Rub dapat membantu melegakan batuk dan mengurangkan masalah hidung tersumbat. Cuma dengan urutan kecil dengan Joielle Baby Chest & Tummy Rub di bahagian dada, perut dan bahagian belakang bayi, masalah-masalah tadi dapat dikurangkan. Ia dibuat dalam bentuk krim supaya senang untuk dibawa ke mana saja dan dapat mengurangkan risiko tertumpah jika tidak disimpan dengan baik. Dengan haruman rosemary dan peppermint, baunya amat menyenangkan.

Kesemua produk Joielle Baby ini diperkaya dengan khasiat Aloe Vera dan vitamin E dan telah diuji secara dermatologi oleh Badan Pensijilan Eropah, Harlan Lab Ltd jadi dah tentunya rangkaian produk bayi ini selamat digunakan oleh bayi korang. Ia juga diiktiraf oleh HALAL JAKIM dan KKM.

Dengan moto ‘Healthy Baby, Happy Mummy’, Joielle Baby cuba memastikan produk yang dikeluarkan akan memberi anak anda kesegaran sepanjang hari. Apa yang paling penting sekali, kesemua produk Joielle Baby selamat digunakan pada bayi kerana ia bebas dari SLS, paraben, petroleum, bahan kimia berbahaya dan silicone.



Set Baby Skincare Essentials dari Joielle Baby ini sesuai dijadikan hadiah untuk ibu-ibu yang baru menimang cahaya mata sebagai set lengkap permulaan untuk penjagaan kebersihan diri khas untuk bayi. Produk Joielle Baby boleh didapati di kedai Penjagaan Ibu Mid Valley Megamall, Happikiddo, Citta Mall Outlet, Babyland SS2, Pick A Dress(Airul Khairiyah) Bangi, Tateh, Babyku, Moms House Baby Shop, Fabulous Mom dan Marissa Shoppe.

Info lanjut boleh ke :-



Zai dah pakai satu set Baby Skincare Essentials dari Joielle Baby ni. Pertama kali dapat set baby yang berbau amat wangi. Buka ja kotak dah wangi, belum guna lagi. Zai sukakan Joielle Baby Chest & Tummy Rub tu, di pek dalam bekas kecil, ia senang untuk dibawa ke mana saja. Baunya yang menyenangkan dan ia dapat menyelesaikan masalah kembung perut Auni.


Berita baik untuk pembaca blog Zai Zamree. Korang yang membeli secara online di website Joielle Baby boleh dapatkan diskaun 10% dengan setiap pembelian, cuma masukkan coupon code : zai10 sewaktu nak buat pembayaran nanti. Happy shopping korang!!!!!





You Might Also Like

2 apa kata anda?

komen yang murni-murni yek ^.^