Perkembangan Auni Nadeera 9 bulan

10:40 AM

Assalamualaikum

Semalam bawa Auni Nadeera checkup. Tak sangkanya dah 9 bulan dah pun dia. Cepat sungguh masa berlalu sekarang ni. Kalau mengandung masa ni dok tunggu hari dah ni….dup dap dup dap dalam hati takut nak bersalin. Berat Auni setakat 9 bulan ni dah 8.2 kg dan tinggi 68 cm. Berat 8.2 kg tu sebab makan tak memilih. Kalau buat bubur nasi tu semangkuk kejap je dia habiskan. Walaupun dah makan macam-macam tapi takde sembelit ke apa. Poo poo macam biasa.



Auni dah merangkak, duduk, berdiri lepas tangan dan meniti dari sofa ke sofa. Tak lama lagi dah nak jalan dah ni tapi yang lambatnya tang gigi. Belum nak muncul-muncul…hahahaha… Kalau senyum nampak gusi je la. Rambut dia jangan di tanya, kerinting menurun belah abah dia. Si abang la yang rajin dok sikat rambut adik. Adik pun redha je la orang sikat rambut dia…hihihi…



Walaupun dah 9 bulan tapi masih jugak takmau kat orang selain mama, abah, abang Aqil dan mak mengasuh dia. Kalau mama ada kat rumah dengan sapa-sapa pun dia takmau. Jadinya dapur kat rumah tu memang jarang sangat berasap nak-nak sekarang ni dia susah sangat nak tidur. Alhamdulillah abah Auni pun faham perangai anak dara dia yang ni lain sikit dari si abang. Kalau abang dulu dengan sapa pun dia tak kisah.



Semoga Nur Auni Nadeera di beri kesihatan yang baik dan membesar jadi anak yang berjaya dunia dan akhirat…aamiin.

You Might Also Like

1 apa kata anda?

komen yang murni-murni yek ^.^