Jatuh Cinta Dengan Alat Makeup dari Althea Makeup Box

11:35 AM


Assalamualaikum…

Bila sampai bungkusan pink dari Korea rasa tak sabar sangat nak buka. Apalah isinya kali ni ya. Dan bila di buka saja, makin seronok rasa nak lompat bintang tengok isi dalam Althea Makeup Box ni. Phewwww….biasalah perempuan….hahaha…perempuan dan barangan make-up tidak dapat dipisahkan.
 
Althea Makeup Box


Jom tengok lebih dekat satu-satu barang dalam Althea Makeup Box yang saya terima.
 
barangan dalam Althea Makeup Box
EYE PALATTE SUNRISE & MOONRISE BCL X ALTHEA



Bila buka eye palatte sunrise & moonrise bcl X Althea ni terus WOW. Mana taknya warna eye shadow nya cantik-cantik sangat. Semua lengkap siap ada glitter gitu. Eye palatte ni hasil kerjasama yang pertama antara Althea dan Bunga Citra Lestari (artis dari Indonesia) yang merupakan ikon kecantikkan dan fesyen di sana.



Eye palatte ini lengkap dengan campuran shimmers, mattes dan glitters untuk memudahkan kita menggabungkan antara satu dengan yang lain sesuai dengan majlis ketika siang(Sunrise) dan juga digayakan pada waktu malam(Moonrise).



FLAWLESS CREAMY CONCEALER(6g)



Suka sangat dengan flawless creamy concealer ni. Didatangkan dengan 4 jenis variasi iaitu :-
·         01 Vanilla
·         02 Ginger
·         03 Honey
·         04 Mocha



4 pilihan warna yang berbeza ini kita boleh gabungkan bersama mengikut kesesuaian warna kulit kita. Concealer ni mampu menutupi eyebag dan cela di wajah. Ia juga mampu melembapkan dan memperbaiki keseluruhan kulit dan tahan lama. Botolnya yang kecil amat sesuai untuk di bawa kemana-mana sewaktu melancong.

Watercolor Cream Tint (4.5ml)


Saya jarang mengenakan lipstick kerana bibir jenis cepat kering dan akan mengelupas. Bila kenakan watercolor cream tint dari Althea ni bibir saya bibir kekal lembap dan tidak kering. Watercolor Cream Tint ini didatangkan dengan 4 jenis warna iaitu :-
·         01 Plum Cream
·         02 Strawberry Cream
·         03 Peach Cream
·         04 Marron Cream


Dengan teksturnya yang berkrim(dirumus dengan air dan minyak), ia amat mudah dioles ke bibir tanpa rasa lekit dan berat. Rasanya juga amat menyenangkan seperti manis buah. Yang penting ia long lasting ok.

Spotlight Eye Glitter



Sudah menjadi trend memakai glitter diwajah jadi spotlight eye glitter dari Althea ni dapat menaikan seri pada wajah. Boleh dikenakan pada mata sebagai eye liner atau dioleskan sedikit pada tulang pipi dan hidung untuk menaikkan seri pada wajah. Didatangkan dengan 2 variasi iaitu :-
·         01 Gold Light
·         02 Pink Light



Skin Relief Spot Film Gel



Bagi mereka yang mempunyai wajah yang berjerawat boleh gunakan satu produk dari Althea iaitu Skin Relief. Ia diformulasi dari revolusioner yang digunakan secara tipis pada kulit untuk melindungi kewasan yang mempunyai jerawat dan membuatkan kulit wajah menjadi licin dan terlindung. Ia dapat membuatkan solekan menjadi lebih sempurna.



Skin Relief Spot Film Gel ini berbentuk cecair yang dapat melegakan dan merawat dalam masa yang sama melindungi dari bahan pencemaran luaran terkena pada kulit wajah.


Jom tengok moonrise look menggunakan barangan dari Althea Makeup Box.



Kalau korang nak dapatkan barangan yang saya gunakan ini boleh ke www.althea.kr

You Might Also Like

1 apa kata anda?

komen yang murni-murni yek ^.^