Jatuh Cinta Dengan Alat Makeup dari Althea Makeup Box
11:35 AM
Assalamualaikum…
Bila sampai bungkusan pink dari Korea rasa tak sabar sangat
nak buka. Apalah isinya kali ni ya. Dan bila di buka saja, makin seronok rasa
nak lompat bintang tengok isi dalam Althea Makeup Box ni. Phewwww….biasalah
perempuan….hahaha…perempuan dan barangan make-up tidak dapat dipisahkan.
Jom tengok lebih dekat satu-satu barang dalam Althea Makeup
Box yang saya terima.
EYE PALATTE SUNRISE & MOONRISE BCL X ALTHEA
Bila buka eye palatte sunrise & moonrise bcl X Althea ni
terus WOW. Mana taknya warna eye shadow nya cantik-cantik sangat. Semua lengkap
siap ada glitter gitu. Eye palatte ni hasil kerjasama yang pertama antara
Althea dan Bunga Citra Lestari (artis dari Indonesia) yang merupakan ikon
kecantikkan dan fesyen di sana.
Eye palatte ini lengkap dengan campuran shimmers, mattes dan
glitters untuk memudahkan kita menggabungkan antara satu dengan yang lain
sesuai dengan majlis ketika siang(Sunrise) dan juga digayakan pada waktu
malam(Moonrise).
FLAWLESS CREAMY CONCEALER(6g)
Suka sangat dengan flawless creamy concealer ni. Didatangkan
dengan 4 jenis variasi iaitu :-
·
01 Vanilla
·
02 Ginger
·
03 Honey
·
04 Mocha
4 pilihan warna yang berbeza ini kita boleh gabungkan
bersama mengikut kesesuaian warna kulit kita. Concealer ni mampu menutupi
eyebag dan cela di wajah. Ia juga mampu melembapkan dan memperbaiki keseluruhan
kulit dan tahan lama. Botolnya yang kecil amat sesuai untuk di bawa kemana-mana
sewaktu melancong.
Watercolor Cream Tint (4.5ml)
Saya jarang mengenakan lipstick kerana bibir jenis cepat
kering dan akan mengelupas. Bila kenakan watercolor cream tint dari Althea ni
bibir saya bibir kekal lembap dan tidak kering. Watercolor Cream Tint ini
didatangkan dengan 4 jenis warna iaitu :-
·
01 Plum Cream
·
02 Strawberry Cream
·
03 Peach Cream
·
04 Marron Cream
Dengan teksturnya yang berkrim(dirumus dengan air dan
minyak), ia amat mudah dioles ke bibir tanpa rasa lekit dan berat. Rasanya juga
amat menyenangkan seperti manis buah. Yang penting ia long lasting ok.
Spotlight Eye Glitter
Sudah menjadi trend memakai glitter diwajah jadi spotlight
eye glitter dari Althea ni dapat menaikan seri pada wajah. Boleh dikenakan pada
mata sebagai eye liner atau dioleskan sedikit pada tulang pipi dan hidung untuk
menaikkan seri pada wajah. Didatangkan dengan 2 variasi iaitu :-
·
01 Gold Light
·
02 Pink Light
Skin Relief Spot Film Gel
Bagi mereka yang mempunyai wajah yang berjerawat boleh
gunakan satu produk dari Althea iaitu Skin Relief. Ia diformulasi dari
revolusioner yang digunakan secara tipis pada kulit untuk melindungi kewasan
yang mempunyai jerawat dan membuatkan kulit wajah menjadi licin dan terlindung.
Ia dapat membuatkan solekan menjadi lebih sempurna.
Skin Relief Spot Film Gel ini berbentuk cecair yang dapat
melegakan dan merawat dalam masa yang sama melindungi dari bahan pencemaran
luaran terkena pada kulit wajah.
Jom tengok moonrise look menggunakan barangan dari Althea
Makeup Box.
Kalau korang nak dapatkan barangan yang saya gunakan ini
boleh ke www.althea.kr
1 apa kata anda?
fuhh banyaknya barangan makeup althea tu.
ReplyDeletekomen yang murni-murni yek ^.^