Corat-coret Sekitar Company Dinner | Around The World

1:12 PM

Assalamualaikum.

Baru seminggu selesai company dinner untuk 2nd batch. Tahun ini sekali lagi dinner di PISA. Berpecah pula dengan kak Rose dan Ilah. Dalam pada tu dok terfikir-fikir nak pegi ke tak sebab susah nak tinggalkan Auni kat abah dia. Sejenis anak yang takmau kat orang selain mama dia dan mak(pengasuh Auni). Selain pada tu 5 minit ja dia boleh tahan. Lepas tu menangis macam kena pukul.

Lagi seminggu nak dinner barulah saya confirm dengan kawan-kawan yang saya jadi pegi. Tu pon jenuh deal dengan mak mengasuh. Siap ambil cuti satu hari sebab nak hantar Auni lambat sikit siang tu. Takkan la nak hantar Auni dari pukul 7 pagi sampai habis dinner pukul 12 tengah malam baru nak ambil kan....so kita kena la bertimbang rasa sikit.

Tema company dinner kali ni Around The World so kau pakai la baju negara mana yang kau suka....hahahaha... Macam saya hari tu memang cadang nak pakai saree pemberian dari anak sedara yang study kat India tapi bila dililit kat badan....uiiii...nampak kau besar yakmattt so terus tak jadi nak pakai. Badan pon dah besar takkan nak nampak lagi besarkan? Lagipon dah last minit plan, pakai la apa yang ada. Malas dah nak beria-ia.

Bila fikir-fikir rasa malas nak pegi tapi bila tengok hadiah top 10 dia....uiiii...mana nak tau rezeki ada malam tu.


Satu sesi company provide 250 hadiah lucky draw. Harap-harap sangat ada rezeki.

Malam tu juga ada persembahan dari rakan sekerja dan juga jemputan dari luar.

Untuk dinner kali ni saya make-up dengan MUA Saedah Nasir. Mana-mana yang nak khidmat beliau untuk make-up dinner, tunang, nikah dan kahwin area pulau(Penang) boleh contact MUA ni ya.


Ini gambar masa on the way nak bersiap kat rumah kawan. Naked face....hahaha...adoi...macam mak lampir.

sebelum make-up

Ini selepas di make-up oleh MUA Saedah Nasir. Pandai MUA ni ejas kening saya yang tinggi sebelah kalau orang perasan.

selepas make-up

Dah siap apalagi jom la ke PISA. Ini serba sedikit gambar sewaktu dinner. Nanti dah dapat gambar-gambar dari photographer professional kita upload sini lagi na.

 
tudung yang asyik cari gaduh dari awal
 
dengan kawan-kawan sekerja

Tak dilupakan, rezeki saya tetap ada pada malam tu...Alhamdulillah.

menang table draw & lucky draw


Kawan-kawan kata yang dok dapat lucky draw ni kebanyakkan pakai simple ja. Yang pakai bagai nak rak ni dapat makan ja...hihihi...

bila jumpa cermin besar...hahahaha...

Rezeki masing-masingkan...kita nak boleh buat apa. Rezeki tak salah alamat orang kata.

You Might Also Like

0 apa kata anda?

komen yang murni-murni yek ^.^