Auni Nadeera Dah Berkhatan | Berkhatan Sunat atau Keperluan

3:34 PM

Assalamualaikum...


Alhamdulillah semalam saya dah pun khatankan baby Auni genap umurnya 7 bulan. Ada orang tua-tua kata lagi awal lagi bagus. Ada pula kata bila anak dah boleh duduk tapi seelok-eloknya ketika umur masih bayi sebab tidak lasak dan senang untuk proses berkhatan, mudah untuk menjaga dan mudah untuk sembuh.


Tok Auni suruh cari mak bidan ja untuk berkhatan tapi zaman sekarang ni mana nak ada mak bidan yang betul-betul bidan sambut kelahiran bayi lagi. Kalau ada pun jenuh mencari jadi saya lebih suka buat di klinik sahaja. Di jamin selamat dan kebersihannya terjaga.


Ada beberapa klinik swasta yang dicadangkan kawan-kawan sekitar Seberang Perai. Jadi pagi Sabtu tu saya dan suami pusing sana-sini mencari klinik yang dicadangkan. Sekarang banyak klinik swasta dah tak buat lagi berkhatan untuk bayi perempuan. Bila di tanya dan jawapannya 'Tak buat untuk bayi perempuan.' Penat juga pusing sana sini dan akhirnya kami ke Klinik Bersatu Kepala Batas. Cumanya kena buat esok pagi sebab hari Ahad baru ada doktor perempuan bertugas. Lega sangat-sangat bila dengar. Yela, dah penat pusing cari klinik dengan bawa anak kecil.


Esoknya pagi-pagi kami dah sampai. Biasalah mak-mak ni nervous tu lebih padahal procedure tak sampai 2 minit. Tengok-tengok dah selesai. Auni pon tak menangis. Dia cuma marah bila kita pegang kaki tangan dia kuat-kuat tak bagi bergerak ja. Phewww....

Kosnya pun murah dan tak membebankan. Cuma RM30 sahaja.


Orang kata berkhatan bagi bayi perempuan tu sunat sahaja. Buat boleh tak buat pun boleh. Sebetulnya ia sunat atau keperluan? Macam kita orang Islam dah tentu-tentu kita akan khatankan bayi perempuan kita. Betul tak? Dah menjadi kebiasaan bila ada bayi perempuan kita akan khatankan. Nak komen lebih-lebih kita tak berapa arif tentang bab ni.


Jadi saya cuba cari dari sumber-sumber yang boleh dipercayai.


Salah satunya sumber dari Doktor Zubaidi. Boleh klik link ini - Berkhatan kanak-kanak perempuan suatu penghormatan atau kezaliman?


Satu lagi dari blog SirapLimau.com. Boleh klik link ini - 7 Perkara Yang Anda Nak Tahu Sebelum Sunat Bayi Perempuan


Semoga manfaat :)



You Might Also Like

1 apa kata anda?

  1. terima kasih pengkongsian ni kak.. belum ada anak nino hihihi..

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^

Popular Posts

Tickers

SUDAH HALAL
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers