Percutian Jimat Dengan Singapore Tour Packages

8:52 AM


Assalamualaikum…
Hai semua. Cuti sekolah bakal menjelma, korang dah plan nak bercuti ke mana-mana tak? Saya pun dah lama tak bercuti sejak bersalin baru-baru ni. Kesian pula dekat Aqil bila tak jalan mana bila cuti sekolah. Cadang-cadangnya nak ke Hatyai macam hari tu tapi rasa macam nak ke Singapura atau Singapore pun ia jugak. Tumpang passport masih hidup. Tapi sebelum ke Singapura kena la survey dulu tempat mana yang kita nak pergi. Kiranya merancang perjalanan la kan. Takdelah terkejar-kejar atau terlepas peluang nak ke satu-satu tempat. Eh…jangan tak tahu Singapore walaupun negara yang kecil tapi banyak tempat-tempat menarik yang boleh kita lawati tau.
Jom tengok senarai tempat yang teringin sangat saya nak pergi dalam Singapore.
MERLION PARK
kredit to Visit Singapore

Sana-sini bila tengok gambar orang melancong ke Singapore mesti ke Merlion Park bergambar dengan patung berbentuk singa lambang kemegahan negara Singapore. Nak la juga tangkap gambar ala-ala air pancuran dari mulut singa tu masuk ke mulut saya.

SPECTRA/Marina Bay Sand Water Show

kredit to Marina Bay Sands


Nak bawa Aqil menyaksikan persembahan cahaya  dan air pancuran yang disajikan untuk orang awam di Event Plaza di sepanjang persiaran. Pasti terpesona melihat keindahan persembahan cahaya dan air ini. Yang penting ia percuma.
Waktu persembahan :-
Ahad hingga Khamis – 8:00pm and 9:00pm
Jumaat dan Sabtu – 8:00pm, 9:00pm and 10:00pm
Dah ada jadual waktu persembahan ini jangan pula korang terlepas peluang nak menyaksikan persembahan ni tau.
 
Gardens by the Bay

kredit to Gardens by the Bay


Sinilah tempat yang paling saya nak lawati di Singapore. Fuh…harap saya ada kekuatan fizikal nak berjalan di Gardens by the Bay ini. Jangan tak tahu, Gardens by the Bay ini terbahagi kepada beberapa bahagian. Dan ini bahagian yang saya nak sangat-sangat masuk.
Flower Dome - boleh melihat keindahan taman dengan bunga-bungaan yang menarik.
Cloud Forest - sebuah dunia misteri yang terselubung dalam kabut dengan pemandangan pergunungan yang dikelilingi oleh tumbuh-tumbuhan yang pelbagai dan permata bunga yang tersembunyi.
 
Universal Studio Singapore

kredit to roadaffair.com

Tak dilupakan semestinya nak ke Universal Studio Singapore. Rugi tau kalau ke Singapore tapi tak ke Universal Studio. Taman tema filem Hollywood ini terletak di Resort World Sentosa merupakan taman tema pertama yang di buka di Asia Tenggara.
 

Singapore Tour Packages dengan Traveloka

Percutian jimat?
Tiada lagi masalah dengan Singapore Tour Packages dari Traveloka. Dah merancang percutian ke Singapore semestinya memerlukan modal yang banyak. Jadi untuk berjimat semestinya memilih untuk rancang percutian saya dengan Singapore Tour Packages dari Traveloka.
Sekarang korang boleh menempah tiket penerbangan dan bilik hotel pada masa yang sama untuk mendapatkan harga yang lebih murah dan dapat berjimat sehingga 11.5%.
Berbaloikan?
Dengan memesan tiket penerbangan dan bilik hotel dalam satu pakej, korang boleh merancang percutian serta-merta pada satu-satu masa. Korang boleh memilih dan mengubah suai pelbagai pakej pelancongan yang ditawarkan oleh Traveloka untuk mendapatkan kombinasi yang paling sesuai. Pakej ini boleh didapati di laman web Traveloka dan aplikasi android sahaja.

  • Kos perjalanan korang akan jadi lebih rendah kerana menempah tiket pernerbangan bersama-sama bilik hotel.
  • Flexsibiliti dan bebas untuk sesuaikan perjalanan kita. Kita boleh gabungkan mana-mana pernerbangan yang kita suka dengan hotel yang kita ingini untuk menginap. Biasalah bila ada kecil mesti nak kena sesuaikan masa perjalanan kita dengan keadaan bayi. Jadi Singapore Tour Packages ini amat sesuai dengan keadaan saya dengan bayi seusia 6 bulan.
  • Pembayaran penempahan di Traveloka boleh di buat sama ada tunai di 7-Eleven, internet banking, kredit kad atau debit kad tanpa caj tersembunyi. Terdapat juga pelbagai kaedah pembayaran yang memenuhi keperluan pembelian korang nanti. Korang juga boleh bercuti impian dengan kaedah 0% installment plan. Wow…0% installment plan kot!!! 


Traveloka App

  • Dengan muat turun Traveloka App, korang boleh mendapatkan harga bilik yang terbaik dengan promosi yang menarik. Tiada caj tersembunyi yang perlu korang bayar.
  • Korang juga boleh menempah bilik hotel dan tiket penerbangan hanya di hujung jari semudah ABC. Cuma tempah hotel dan penerbangan korang à buat pembayaran à dapatkan baucar e-tiket / hotel korang dalam masa kurang dari 1 minit. Mudahkan?
  • Jimat sehingga 40% untuk penerbangan antarabangsa dengan penerbangan bertanda Smart Combo.
  • Tidak perlu lagi mencetak voucher e-tiket / hotel. Wow…sangat-sangat efisyen. Cuma tunjukkan e-tiket atau baucar hotel di App Traveloka korang apabila mendaftar masuk. Korang boleh mengaksesnya bila-bila masa walaupun tidak disambungkan ke internet.
  • Lebih banyak pilihan syarikat penerbangan yang menjaminkan harga yang terbaik seperti Lion Air, Thai Lion Air, AirAsia, AirAsia X, Garuda Indonesia, Citilink, Sriwijaya Air, Jetstar, Wings Air.  Route perjalanan kapal terbang ke 100,000+ laluan yang diselenggarakan oleh pelbagai syarikat penerbangan domestik dan antarabangsa juga pilihan penginapan di 70,000+ hotel di seluruh dunia dari anggaran hingga hotel bertaraf 5 bintang seperti Tune Hotel, Ibis, Novotel, Aston, Best Western, Whiz, Amaris, Santika, Fragrance Hotel, Mariott dan banyak lagi.


Jadi apalagi yang korang tunggu, jom tempah sekarang dan rancang percutian korang dengan Singapore Tour Packages di Traveloka.












You Might Also Like

4 apa kata anda?

  1. Memang wish list nak pi singapore..tp blom ada rejeki

    ReplyDelete
  2. hello good morning, numpang gabung ya kak.. hehe

    ReplyDelete
  3. Salam semua :) mari join "Singapore Tour 1-Day Trip" from JB serendah RM109 dengan sis / Backpacker Trip Jelajah SG serendah RM90-RM60 / juga ada promosi; Tiket Masuk Singapore (USS-SEA Aquarium-GardensByTheBay-dll) All at %Discount Price! bole WHATSAPP ke +6012-7760219 (JESS) - Agent SG & JB, Love Travel *Contact: +6012-7760219, let's visit SG soon :) #LoveTravel~Lawat >> FB.COM/LOVETRAVEL86

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^