Dominos Di Hujung Minggu Sempena Kempen It's All About You

1:29 PM

Assalamualaikum...

Cuti hujung minggu di tambah dengan cuti sekolah ditambah pula cuti Deepavali tapi kami satu family tak ke mana-mana. Abah Aqil kerja Sabtu dan Isnin. Saya pula terpaksa ambil cuti untuk hari Isnin sebab pengasuh Auni ke Johor.

Bila dah cuti tu dok berkira-kira nak masak apa untuk tengahari tapi rasa macam nak balik tidur kat rumah tok Besah ja. Sambil layan anak terfikir nak order Dominos Pizza. Dominos Pizza tengah buat kempen It's All About You. Eh...tak sangkanya Dominos sudah lama bertapak di Malaysia sejak tahun 1997. Saya dok rasa macam masih baru Dominos Pizza ni.



Sekarang Dominos dah memiliki 223 cawangan di seluruh Malaysia. Ini sedikit sebanyak perjalanan Dominos Pizza di Malaysia dari 1997 sehingga kini.


Ah...banyak pula celoteh. Layan pizza tengahari pun sempoi jugakan. Terus saya godek-godek online. Nak suruh delivery la tapi rasa macam nak balik rumah tok Besah. Terus pilih TAKE AWAY cawangan Sunway Seberang Jaya. Nak order banyak-banyak tok Besah tak makan pizza. Abah Aqil pun malam baru balik keja, jadi saya order untuk kami berdua je la.

Sampai ja kat Dominos Sunway Seberang Jaya, pizza yang kami order dah pun siap. Tunggu saya pick-up je. Senang gila. Tak payah tunggu lama-lama.


untuk saya dan Aqil

Sampai rumah tok Besah, dak Aqil dah tak sabar-sabar nak makan. Jom tengok apa yang saya order.


1 x Ultimate Hawaiian with Crunchy Thin Crust
1 x Breadstix
2 x 7UP can

Ah...cukuplah banyak ni untuk kami berdua. Itupun jenuh nak habiskan.


Saya paling suka pizza dengan crunchy thin crust. Bila roti nipis rasa isinya macam banyak....hahahaha...itu apa yang saya rasa la. Apalagi jom ngap!!!!



Korang kalau penggemar pizza boleh cuba Dominos Pizza. Banyak diskaun dan promosi yang Dominos berikan. Tak rugi tau. Itu sebab saya selalu order Dominos Pizza.

Tahniah Dominos kerana berjaya bertapak di Malaysia sejak 1997 hingga kini dan berjaya menyajikan menu-menu yang awesome dan superbbbb. Semoga Dominos maju jaya.




#ItsAllAboutYou # DominosMY

You Might Also Like

5 apa kata anda?

komen yang murni-murni yek ^.^