Perkembangan Selepas Bersalin Baby Auni dari 0 hingga 4 bulan

4:24 PM

Assalamualaikum.

Dah lama tak bersiaran. Mood berblog kureng nak nak kita dalam proses nak pindah tempat kerja. Biasalah bangunan kilang ada 2. Bila bos pindah buat projek baru kat bangunan kilang lagi satu terpaksa la kita yang orang bawahan ni ikut sekali. Berani kau kata takmau pindah...hahahaha...

Dulu masa anak sorang pulun cerita bab anak. Boleh kata tiap minggu tiap bulan update. Bila masuk anak dua...hai la...mood nak bercerita tu tak mai pon. Tak fair and lovely la kan. Cian baby Auni tak diberi perhatian. Oklah...moh tengok apa perkembangan dan cerita baby Auni dari dilahirkan hingga umur 4 bulan 6 hari setakat hari ini.

Hari pertama


Menangis kuat sangat tak macam baby lain kat wad sampaikan nurse yang tolong jagakan dia. Mak dia ni nak bangun susah sebab C-section.

Hari kelima


Kena masuk wad semula sebab jaundice agak tinggi. Bacaan 200++ tapi bukan sebab jaundice sangat pon yang kena masuk wad tu. Berat Auni turun 17% bersamaan 500 gram dalam masa 5 hari. Start dari hari ni kena naikkan berat Auni. Duduk bawah lampu biru ni cuma 1 hari sahaja sebab jaundice Auni turun dengan banyak.

Pusat luruh di hospital hari ke-7. Tapi sampai hari ke-8 berat Auni baru naik 10 gram sahaja. Masa ni Auni dah campur susu dengan susu hospital tapi berat tetap malu-malu nak naik. Hari-hari kena ambil darah dan sampel urine nak check tapi semua dalam keadaan baik. Tengoklah tangan Auni sampai lebam hari-hari kena ambil darah....huhuhu....


Masuk hari ke-10 berat Auni naik lagi 10 gram. Doktor pon kesian kat mak dia dah jadi penunggu tetap kat wad tu akhirnya Auni boleh keluar wad. Yeay...mak dia yang happy lebih time ni.


Hari kesebelas


Hari ke-11 bersamaan hari Khamis sempena hari pertama puasa dan besday mak dia, tok Besah panggil mak bidan cukurkan rambut Auni. Petangnya tok guru mengaji datang tahnik atau belah mulut dengan kurma Ajwa dan air zamzam. Ni gambar botak hari ke-16. Rambut tanpa segan silu tumbuh melata di kepala Auni.

1 bulan

Alhamdulillah...Auni bebas jaundice. Kena turunkan jaundice hingga bacaan 70. Berat pon naik ke 3.8 kg. Checkup di Hospital Seberang Jaya, result darah dan air kencing semuanya ok.

2 bulan


Lagi beberapa hari nak masuk 2 bulan baby Auni diserang sejenis virus yang menyebabkan seluruh badannya dipenuhi ruam merah seperti campak. Gambar tak pula di ambil sebab maknya terlampau panik. Jumpa doctor kat KK terus dapat surat refer ke Hospital Bukit Mertajam. Tak ke emergency ke apadah...kami terus ke wad 1 untuk pemeriksaan. Alhamdulillah doktor cakap cuma virus (tak ingat virus apa sebab mak terlampau panik) dan akan baik dalam dua tiga hari. Tak payah checkin HBM. Masa nak ambil ubat sapu kat farmasi diberi fast lane(tak payah tunggu turn). Terima kasih staff dibahagian farmasi HBM memahami situasi saya. Lusa ruam tu surut dengan sendirinya.

3 bulan


Dah semakin rancak bersembang bila di agah. Mula nak kalihkan badan untuk meniarap tapi asyik tak lepas. Masa mak dia sibuk di reunion akhirnya Auni berjaya meniarap dengan jayanya. Baru beberapa hari meniarap dah pandai golek golek kalihkan badan. Paling suka tengok tv sambil meniarap. Dah mula sembur air liur. Orang tua-tua kata kalau sembur air liur rambut mak banyak luruh tapi memang rambut tengah dok luruh dengan banyaknya pon T_T



4 bulan


Dah mula angkat punggung nak menyulur.


Dah start menyulur ke belakang dah masa ni dan beralih tempat. Cepat sangat Auni ubah tempat.


Dah pandai pegang botol susu. Mungkin belajar dari rumah pengasuh. Dah mula nak pegang sesuatu. Ramas-ramas kain dan plastik....hahaha...mak dia tak beli mainan atau anak patung kat dia. Plastik plak jadi mangsa mainan anak.



Aduhhh...cepatnya masa berlalu anak dah 4 bulan. Pejam celik pejam celik nanti anak dah 6 bulan, dah boleh makan dah. Dah lama takda anak kecil, dulu boleh tidur lena. Bila ada anak kecil mata mak dah jadi panda. Tapi sekarang ni dah mula jadi biasa tak cukup tidur tu. Takda pula rasa mengantuk sangat-sangat. Moment ni boleh di simpan sebagai memori.




You Might Also Like

4 apa kata anda?

  1. kesian tengok tangan auni lebam2 biru tu..
    cepat je dah 4 bulan..esok2 nak mula start makan..ni part yg paling iols suka hahaha

    ReplyDelete
  2. cepatnya rasa Auni membesar kan. berat pun naik dengan jayanya. perkembangan pun cepat, dah pandai meyulur walaupun guna gear R dulu.

    ReplyDelete
  3. ala...nampak tgh auni kesan cucuk...
    anak buah nieyl pun sama baru ni kena tahan wad kena cucuk byk kali...
    semoga auni membesar dgn sihat AMin...

    ReplyDelete
  4. alooo shian dia yang amek darah banyak kali tu. yang dewasa pun tak tahan sakit huurm.. takpe syukur dah tak yah amek darah dah. hehe tak lama lagi da boleh merangkak mama jenguh kepung laaa =D

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^