Sesi Memanjakan Diri dan Bertangas di Teratak Spa Penang | Spa Terbaik di Penang

1:22 PM

Assalamualaikum.
 
Masa mengandung hari tu kita memang dok mencari-cari spa yang terbaik di Pulau Pinang untuk dikunjungi selepas bersalin. Memang merancang selepas bersalin nak memanjakan diri. Cari punya cari kita dapat tahu Teratak Spa Penang ada menawarkan pakej yang menarik bersesuaian dengan orang yang baru lepas bersalin macam saya.
 

Memandangkan saya baru sahaja lepas melahirkan anak, jadi tak salah nak betulkan urat yang dah tersimpul. Lagipun sewaktu berpantang hari tu saya tak betul-betul berpantang sebab banyak habiskan masa di hospital dan ke klinik. Baby Auni ada masalah sedikit selepas dilahirkan jadi dia banyak membesar di hospital dan klinik sahaja. Saya pula berurut selepas bersalin pada hari yang ke 40. Ye…hari ke – 40. Boleh bayangkan tak betapa letihnya badan saya ni ketika dalam pantang. Bertungku apatah lagi. Buat beberapa hari ja itupun hanya sekitar belakang dan tepi badan sebab saya bersalin operation. Jadi nak la juga bertungku macam mak-mak bidan buat untuk ibu-ibu bersalin.
 
Korang kalau nak ke Teratak Spa Penang sila telefon dahulu untuk menempah slot ye. Iyelah, takut full booking nanti sia-sia ja ke sana tak dapat nak berurut. Macam saya, tempah slot seminggu sebelum sesi rawatan. Saya tempah 2 slot. Satu untuk saya dan satu untuk kawan saya blogger Murni. Dia pun dah lama dok mencari spa untuk memanjakan diri. Jadi kita pakat-pakat sekali la buat rawatan di sana.

Psstt...kalau korang nak datang berdua dengan suami pun boleh tapi kena booking awal tau sebab therapist lelaki Teratak Spa cover banyak cawangan. Mana tahu korang nak bagi hadiah sesi memanjakan diri ni untuk suami tersayang ke kan.
 

TERATAK SPA PENANG | Spa Terbaik di Penang

 
Sebenarnya kita baru tahu ada spa yang terbaik di Penang ni. Teratak Spa Penang terletak di Bukit Jambul Bayan Baru. Tak tahu jalan? Waze kan ada. Cari ja Teratak Spa Penang di setting waze dan waze akan bawa korang terus di depan pintu Teratak Spa. Sebenarnya saya pun tak tau jalan masuk Teratak Spa gak hari tu…hihihihi…kita waze je terus sampai.
 

Masuk saja ke dalam kawasan Teratak Spa, rasa nyaman sekali. Teratak Spa bukan di berada di deretan bangunan kedai tapi di deretan kawasan perumahan jadi tak hairanlah kawasan luar Teratak Spa penuh dengan tumbuh-tumbuhan hijau yang mendamaikan dan ada gazebo.




Dengan dekorasi air terjun dan kolam ikannya membuatkan diri berasa tenang sekali. Itu baru luar kawasan Teratak Spa. Belum lagi kaki jejak masuk ke dalam spa.



 

Layanan di Teratak Spa

 
Sebelum masuk ke dalam Teratak Spa kami di sambut oleh pekerjanya dengan penuh ramah dan sopan. Kami dikehendaki membuka kasut dan pekerja Teratak Spa akan menyiram kaki dengan air dari dalam tempayan.




Selepas memakai kasut yang disediakan, kami dikehendaki mengetuk gong tanda selamat datang kami ke sana.


tradisi mengetuk gong tanda selamat datang


Sambil mendaftar diri dan melihat menu yang diberi, kami di jamu pula dengan air asam jawa yang masam-masam manis serta tuala sejuk berangin berperisa mint untuk mengelap muka dan tangan. Terus rasa segar bila minum air asam dan lap muka dengan tuala tu.
 
welcome drink

Hari tu kami di sambut oleh Miss Rossa selaku supervisor di situ. Sambil-sambil minum kami di minta mengisi consolation letter. Kat sini boleh pilih sama ada nak soft, medium atau hard massage pressure. Saya pilih medium sahaja, itupun bagi saya dah cukup kuat juga massage yang saya rasa.
 

Gold Member Teratak Spa


Sambil-sambil pilih pakej kami join sebagai GOLD MEMBER TERATAK SPA. Mana taknya, bila tengok diskaun yang kami dapat rasa tak menyesal join sebagai member. Nak beli produk spa boleh dapat 10% diskaun. Bila nak datang lagi buat facial ke nak berurut ke dapat 20% diskaun. Kalau bawa kawan baru join member dapat pula 30% diskaun. Nak lagi best? Masa bulan birthday la, dapat pula 50% diskaun. Dan-dan tak sabar nak ber spa lagi…hihihi…







Ala...RM50 je daftar jadi Gold Member Teratak Spa tapi diskaunnya berbaloi-baloi.
 

Menu Rawatan Di Teratak Spa

 
Rambang mata nak memilih rawatan di Teratak Spa. Rasa nak buat kesemua yang ada. Akhirnya saya berbalik pada target saya iaitu nak BERURUT, BERTUNGKU dan BERTANGAS. Jadi saya pilih pakej SRIKANDI kerana ia ada berurut dan bertungku. Untuk melengkapkan pakej, saya add on bertangas.
 


Ini adalah apa yang terkandung dalam pakej SRIKANDI. Tengok pakej tu saja pon dah teruja. Belum lagi merasai pengalaman rawatan di sana. Kawan saya pula pilih pakej SRI PINANG MUDA. Boleh baca pengalaman beliau di blog MurniAlysa.
 

Kat sini kita diberi pilihan untuk memilih minyak sewaktu berurut. Ada 3 jenis minyak iaitu citrus, rose dan lemongrass. Setiap satunya dengan bauannya yang tersendiri. Kalau nak bauan romantik pilih saja minyak bunga rose. Kami berdua pilih citrus untuk bauan yang segar.


sila bau dan pilih minyak yang kita mahu untuk massage

 

Pakej SRIKANDI add on BERTANGAS

 
Jom tengok apa rawatan dalam pakej SRIKANDI yang saya pilih. Ini pengalaman saya ketika mendapatkan rawatan spa yang terbaik bagi saya. Untuk pakej SRIKANDI merangkumi Welcome Foot Ritual, Herbal Hot Compress, Teratak Massage, Relaxing Aroma Eye Pillow, Body Mask dan Kaffir Lime Scalp Massage yang mengambil masa 140 minit rawatan di tambah pula Bertangas selama 20 minit menjadikan semua rawatan memakan masa 160 minit. Alang-alang nak memanjakan diri, biar lama-lama terus…hihihi…


Kami di jemput masuk ke bilik Hang Li Po(amboi nama bilik bukan main lagi...dan dan rasa macam puteri Hang Li Po) untuk bilik rawatan 2 orang. Therapist kami hari tu Miss Syaza dan Miss Aishah merupakan therapist terbaik di Teratak Spa Penang. Wow...untung sangat tau. Patutlah dia punya urutan tu berasa sangat-sangat walaupon medium.


bilik rawatan untuk 2 orang


Mula-mula kami di minta menukar baju dengan pakaian yang disediakan. Beg dan barang berharga pula diletakkan di dalam kotak berkunci jadi tak perlu risau barang hilang sewaktu kita sibuk berurut.


Pertama sekali kami diberi rawatan Welcome Foot Ritual. Urutan kaki dalam air. Amboi bukan main lemah lembutnya therapist melayan tapi setiap urutannya memang berasa.


sesi welcome foot ritual


Kemuadian saya di bawa ke bilik sebelah untuk sesi Bertangas atau Sensual Smoking. Hari tu saya buat bertangas kering.


sesi bertangas


Cuma taburkan serbuk herba yang disediakan ke atas bara arang yang dah dihidupkan, lepas tu duduk di atas tempat yang disediakan.


bara arang


Kalau rasa-rasa bau herba tu dah berkurangan boleh tambahkan sendiri herba ke atas bara arang tersebut. Sesi bertangas ni memakan masa selama 20 minit. Berpeluh jugalah walaupun cuma duduk di atas bara arang. Disediakan juga air minuman ketika sesi bertangas.


herba untuk bertangas dan air minuman




Selesai sesi bertangas, saya kembali semula ke bilik Hang Li Po untuk sesi Teratak Massage atau berurut. Dia punya massage satu badan walaupon medium memang puashati. Tak habis-habis saya sendawa masa sesi ni. Lega sangat-sangat. Nampak sangat banyak angin dalam badan.


bahan untuk Teratak Massage, Body Mask dan Kaffir Lime Scalp Massage


Selesai Teratak Massage bersambung pula ke Herbal Hot Compress atau bertungku. Bermula dari tapak kaki, saya di tungku naik sehingga ke bahu dari depan ke belakang badan. Kalau yang tak tahan panas boleh saja bagitau therapist supaya kurangkan tahap kepanasan pada tungku tu. Lega sangat. Saya boleh rasa perbezaan pada pengeluaran susu badan selepas bertungku pada bahagian atas badan. Pengeluarannya pun makin banyak.


Beralih pula pada sesi Body Mask. Suka sangat bahagian ni. Kalau nak buat sendiri memang tak buat la kat rumah. Mana sempatnya nak body mask. Nak nak pula susah nak sapu masker kat bahagian tertentu dan bahagian belakang badan. Jadi bila dapat sapu masker di seluruh badan sambil berehat dengan alunan lagu-lagu tradisional dan inang makin lena dibuatnya. Sewaktu sesi body mask mata pula diletakkan bantal air untuk sesi Relaxing Aroma Eye Pillow. Terus tak berhagak lagi sampai terlena dibuatnya.


Di sambung pula dengan Kaffir Lime Scalp Massage lagi terasa nak lena. Gatal-gatal kulit kepala pun hilang bila kulit kepala di urut dengan limau purut. Selepas sesi urut kepala saya direhatkan selama 10 minit sebelum di minta mandi dengan syampu dan mandian yang disediakan.


Jangan tak tahu, pihak Teratak Spa Penang siap sediakan hair dryer, sikat dan bedak untuk kegunaan pelanggannya.




Selesai mandi dan keringkan rambut, tangan dan kaki saya di sapu losyen oleh therapist saya hari itu. Amboi pakej siap tolong sapukan losyen ni, memang jadi Puteri Hang Li Po la saya hari tu. Mujur tak tambah menu ala carte Rose Petal Milk Bath. Kalau tak lagi rasa macam puteri.


Siap sudah pakej Srikandi add on Bertangas yang saya ambil tempohari. Sebelum pulang, pelanggan akan di beri minum segelas air suam untuk melancarkan peredarah darah selepas selesai sesi rawatan dan juga di beri biskut untuk mengalas perut.




Kalau di tanya pada saya tentang pengalaman mendapatkan rawatan spa di Teratak Spa Penang ni, saya kasi 5 bintang berbaloi perkhidmatan yang diberikan setanding harga yang ditawarkan.


Kalau korang berminat nak memanjakan diri atau 'me time' dengan kawan-kawan bolehlah ke :-


Teratak Spa

31, Jalan Tun Dr Awang, 
Taman Bayan Baru, 11950
Bayan Lepas, Penang, Malaysia.

Tel: 04-6383821

Website: teratakspa.com.my/

FB: www.facebook.com/teratakspahq/

IG: www.instagram.com/teratakspabayanbaru/

Business Hours:

Mon - Sun: 10am to 8pm

Closed on Wednesdays





You Might Also Like

3 apa kata anda?

  1. Bestnya..rasa nak p lagi laa nak buat facial pulak..jom

    ReplyDelete
  2. bestnyaaaa.. kena urut kena massage legaaaaa =D

    ReplyDelete
  3. bestnya dapat manjakan diri buat scrub,massage,lulurkan
    last buat bertangas masa habis pantang thn 2016..

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^