Golden Bowl Promenade Bayan Baru | Kafe menghidangkan makanan ala fusion dan Korean

4:45 PM

Assalamualaikum…
 
Sabtu lepas dapat jumpa dengan adik-adik  kesayangan. Kebetulan mereka ada hi-tea event petang tu kat Penang. Katanya ajak kita breakfast pagi tu tapi kalau dah pukul 10 pagi baru nak jumpa, breakfast apa gayanya kalau dah pukul 10 pagi. Tup tap tup tap dengan saya datang lambat, mana lagi nak order bagai dah pukul berapa. Jadinya kita breakfast + lunch = BRUNCH je la. Ajak pula breakfast di café menghidangkan makanan ala-ala Korean terus kita blur nak makan apa. Kita tak penah makan makanan Korean ni sayang oiiiii cemana nak order.
 



Belek punya belek menu-menu yang ada terus rasa lega. GOLDEN BOWL CAFETIAM ni menyediakan menu ala fusion dan juga Korean, kita rasa lega amat. Jadi pada sesiapa yang tak reti makan ala Korean tapi kawan-kawan kau ajak makan ala Korean, kat sini la tempat terbaik. Mana taknya macam-macam menu ada. Ada set BREAKFAST & BRUNCH, YUMMY NOODLES, SIGNATURE RICE BOWL, GOLDEN FRIED CHICKEN dan ada juga WESTERN PLATTERS.
 



Golden Bowl Cafetiam cawangan Promenade Bayan Baru ni sudah lebih 8 bulan beroperasi. Owner café adalah seorang Chinese tetapi café ini Pork Free dan semua bahan mentah yang di ambil dari supplier yang memiliki sijil HALAL. Nampak sahaja pekerjanya berbangsa Cina tetapi Chef di sini orang Melayu jadi tak perlu risau. Idea untuk membuka café ini tercetus apabila beliau yang selalu melancong ke Korea, suka makanan ala Korean dan nak share makanan sedap dengan orang Malaysia yang suka makanan Korea jadi tak hairanlah menu-menu yang terdapat di Golden Bowl Cafetiam ini berkonsepkan ala Korea.




Café 2 tingkat ini di buka seawall jam 8.30 pagi. Dekorasi dibahagian atasnya akan di renovasi tidak lama lagi untuk keselesaan pengunjung.


Jom tengok apa yang kami order pagi tu yang di rekemen oleh chef.
 
BREAKFAST & BRUNCH (All Day Breakfast)
 
Hidangan ini boleh di makan untuk sarapan ataupun makan tengahari. Kira ala-ala Western pun ada. Kita pun order la ingatkan setnya datang kecil comel untuk breakfast, sekali besar-besar portion dia. Siap boleh kongsi-kongsi. Kenyang amat tau.

AUSTRALIAN SHAKSHUKA

BIG MOMMA'S BREAKFAST

SALMON EGGSIE BENEDICTO

EGGSIE BEEF STRIPS BENEDICTO

 
YUMMY NOODLES (All day Noodles)
 
Bagi penggemar mee, kat Golden Bowl Cafetiam ada menyediakan All Day Signature Golden Bowl Noodles. Korang boleh pilih samada nak makan Ramen Noodles atau GB ‘Maggie’ Noodles. Lepas tu boleh pilih samada nak sup ayam atau ikan.

YOONA'S SPICY KIMCHI

KYOTO SHOYU

GOLDEN MILKY CHEESY

SIGNATURE HOUSE CURRY

 
SIGNATURE RICE BOWL (available from 11 am onward)
 
Untuk korang yang tak boleh tak makan nasi waktu pagi dan makan tengahari, boleh pilih Signature Rice Bowl tapi hidangan ini bermula dari jam 11 pagi tau. Jangan pula pagi-pagi kau order rice bowl murka chef tu nanti…hahaha…

YOONA'S KOREAN RICE BOWL-with Korean Grilled Spicy Chicken

TERIYAKI CHICKEN RICE BOWL-with Japanese teriyaki grilled chicken

SALTED EGG YOLK BOWL-with daily made salted egg yolk Katsu Chicken

 
GOLDEN FRIED CHICKEN
 
Crispy Fried Chicken ni ada 2 perisa yang sangat-sangat sedap.
 
CRUNCHY KOREAN SPICY CHICKEN WINGS
 


Ayam yang di goreng panas-panas  dengan sempurna dan disaluti dengan sos kegemaran savory Korea.
 
CRUNCHY CHEESY CHICKEN WINGS
Ayam yang di goreng panas-panas dengan sempurna dan di tabur dengan serbuk keju dan rempah.
 
Tak boleh berhenti makan kedua-duanya. Sangat recommended.
 
WESTERN PLATTER (Available from 11 am onward)
 
Kalau sejenis manusia yang memang suka makan Western food, ha boleh juga makan kat sini. Saya rasa amat lega bila makan di sini bila tengok ada Western food. Tapi perlu di ingat, western platter hanya boleh didapati dari jam 11 pagi ke atas sahaja.
MILANESE CHICKEN-with a touch of mediteranean touch of tanginess and sweetness

POMODORO CHICKEN-with a special Italian creamy BBQ tomato sauce

MUSHROOM CHICKEN-with fresh white button mushroom

 

BEVERAGES & BLENDED (All Day House Special Beverages)
 
Di Golden Bowl Cafetiam ini mempunyai 3 jenis minumam iaitu coffee (hot/cool), Ice & Blended dan Salted Cream. Kesemua minumannya mempunyai keistimewaannya yang tersendiri.
 


Café tidak menyediakan straw untuk yang minum minuman salted cream kerana memberi peluang untuk kita merasai sendiri keenakan dengan menghirup minuman itu. Jadi kita boleh merasai dua rasa yang berbeza dari minuman salted cream. Sedap tau. Korang patut mencuba yang ini.
 
SALTED CREAM HOR KA SAI
 
HOR KA SAI (GB special Coffee mix)

Bagi yang ingin mencuba kelainan sewaktu bersarapan boleh datang ke:-
Golden Bowl Cafetiam (Grd Floor & 1st Floor)
5-G-27, Promenade,
Persiaran Mahsuri, Bayan Baru,
11900 Bayan Lepas, Penang.
Tel: 012 - 458 4854
 
Business Hours: 8:30am - 3:00pm / 6:00pm - 10:00pm
 
(Closed on Tuesday)
 
 
 
 

You Might Also Like

3 apa kata anda?

  1. woot woot makanan2 depa sedapnyaa nampak =D

    ReplyDelete
  2. cantik gambar makanan tu nmpk mcm real je tau..terliur tgk.. shaksuka tu nmpk sedap jeeee

    ReplyDelete
  3. wah menarik menu yang ada di sini. membuka selera aihhh..

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^