Raya 2018 Dengan Orang Baru

10:03 AM

Assalamualaikum. Salam 11 Syawal. Korang masih cuti beraya lagi ke dah mula bekerja? Saya tahun ni cuti raya panjang. Panjang la sangatkan...hihihi.

Alhamdulillah tahun 2018 ni saya beraya dengan orang baru. Eh...bukan kawen lain tau tapi beraya dengan baby baru.

Masa awal-awal mengandung tu doktor dah bagi EDD saya pada 19 Mei bersamaan 3 Ramadan. Ingat baby Ramadan dah, boleh boh nama Nia Ramadani...hihihi...ini main-main je. Lepas beberapa bulan ada sedikit masalah waktu mengandung jadi kena bersalin di minggu ke 38. Dan lahirlah Nur Auni Nadeera 10 hari sebelum Ramadan bersamaan 10 hari sebelum besday saya juga. Waktu ni nak bawa Auni check jaundice di hari lahir saya pada 1 Ramadan.

Sambut besday dengan checkup jaundice

Masa raya baru ni saya masih dalam pantang lagi di minggu-minggu terakhir. Seksa jiwa raga berpantang di bulan Ramadan dan Syawal ni. Tak boleh makan sedap-sedap. Tambah-tambah ketupat dan laksa. Mujurlah dah boleh makan rendang ayam dan daging. Jadilah dapat makan dengan nasi panas-panas.

Tema raya tahun ni hijau. Kebetulan juga tema warna abang sulung dan tok Besah pon hijau. Suami minta recycle baju melayu dia jadi saya pilih warna hijau teman tahun kedua kami kawen.

Semalam pi kenduri baru tema hijau. Mak pakai baju recycle baru ambil kat rumah sendiri

Dah beli baju anak segala baru saya cari baju. Cari online saja. Tok Besah tak bagi pi shopping....sob...sob...sob... Kita dah pilih baju kurung cotton warna hijau. Hari sebelum seller nak pos tu dia dapat kesan ada defect kat baju tu terus minta tukar ke baju lain. Untuk saiz saya cuma ada beberapa warna dan corak ja. Maka terkeluar tema la saya hari tu. Mohler baby kita pakai baju kaler lain dari abah dan abang. Gambar family kecil takde. Lupa nak tangkap.

Mak dengan orang baru di pagi raya

Tahun ni paling ramai sedara-mara datang beraya. Dari hari raya pertama hingga raya kelima. Meriah sungguh. Yang paling lawaknya kuih raya baru serta kuih tradisi tok Besah-loyang dan maruku habis sampaikan tok Besah kata tahun ni kuih raya paling laku. Gambar sedara mara tak ambil sebab kalut dok berhidang makanan dan sama kalut ulit orang baru.

Takde gambar sedara tapi gambar bff since form 4

Habis ja pantang hari raya ke-6 terus balik rumah mertua pula nak beraya kat sana.  Sempat la bawa mertua ke rumah sedara sambil tunjuk orang baru sebab masa awal-awal raya tu mereka datang rumah mertua tapi saya masih berpantang di rumah tok Besah. 

Sempat berkelah di luar rumah sedara belah mertua

Eh...orang baru dah bangun. Nak ulit orang baru dulu ya. Tak terlambat saya nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN buat semua.

You Might Also Like

5 apa kata anda?

  1. Seronoknya beraya dengan org baru..selamat Hari Raya

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah. tahniah.. selamat hari raya :)

    ReplyDelete
  3. seronok laa tahun ni beraya dengan orang baru. baru ada geng mama kali nih, legakan dah sepasang.

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^

Popular Posts

Banner

COPY AND PASTE

Tickers

SUDAH HALAL
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers