Jom Tempah Hotel Semasa Raya

9:10 PM

Hi korang! Raya masih berbaki 2 minggu lagi. Korang dah beraya di rumah sanak-saudara belum? Dah balik rumah mak ayah korang? Rumah mertua korang pula dah balik ke belum. Rayakan sebulan, korang masih boleh gilir-gilir balik dalam bulan Syawal ni.

Alhamdulillah walaupon tahun ni saya beraya dalam pantang di rumah mak tapi saya sempat balik raya rumah mertua dan menziarah rumah sanak-saudara. Adat ziarah-menziarahi sedara yang tua di lupa jangan.

Tapi dalam kita sibuk nak beraya mesti ada yang ambil kisah bila balik kampungkan? Korang nak tau apa dia. Berkongsi tempat tidur la, lagi-lagi bila kena tidur dekat ruang tamu dan campur laki perempuan kan? Saya merasa pengalaman ni semua bila pulang beraya di rumah mertua. Ramai biras lelaki di sana. Iyelah...rumah mak ayah kita bukan besar sangat bila semua balik beraya. Di tambah adik-beradik suami yang 8 orang dan 26 anak saudara yang makin membesar, tak muat rumah bila musim raya. Dan yang paling rasa tak berapa nak selesa bila kena pakai tudung 24 jam sehari dengan panasnya duduk dekat dapur nak masak semua lepas tu sambung pula bertudung waktu tidur. Rambut dah berpeluh bau hapak tak tau nak bayangkan.

Jadi bila macam ni jadi korang mesti nak cari tempat tidur lain yang lebih selesa. Bukan tak suka tidur beramai-ramai cuma nakkan keselesaan dan privasi bila nak mandi, salin pakaian dan tidur. Rumah kat kampung tu kecil tak muat nak masukkan semua orang dalam bilik dah jadi satu hal pula kan?

Makanya cari hotel yang terdekatlah jawabnya bila dah keadaan macam ni. Walaupun nampak macam tak berapa nak best bila tidur kat tempat lain, orang sekarang dah makin faham bila berkaitan aurat ni. Rasa tak selesa kalau tidur pun kena pakai tudung tu kan nak-nak kau bercuti raya sampai 4 5 hari.

Waktu-waktu macam ni kalau nak book hotel, mesti harga dia jadi mahal pula sebab tengah musim raya, orang pun cuti lagi kan? Tapi jangan terkejut tau, untuk korang yang nak cari harga hotel yang lebih murah, korang boleh pergi kat website Traveloka.



Sekarang ni tengah ada promo untuk #UNSEENMALAYSIA HOTEL DEALS kat Traveloka. Korang boleh usha-usha hotel mana yang dekat dengan rumah kat kampung tu, mana yang agak-agak sesuai dengan bajet yang korang ada. Korang boleh buka website Traveloka dan pergi kat bahagian promotion. Klik untuk promotion hotel.


Korang baca apa yang ada kat promo untuk hotel tu. Diskaun hingga 15%. Mana nak dapat hotel harga murah musim perayaan macam ni. Waktu booking bermula dari 1 Jun hingga 31 Julai 2018. Sempat lagi kalau korang nak balik kampung.


Macam saya rumah mertua di Kulim Kedah, hotel yang terdekat MBI Desaku Homestay. Boleh kongsi dengan ipar duai tidur kat homestay untuk penjimatan.

Korang kalau belum menjadi member Traveloka boleh register. Tak rugi sebab banyak benefit dia jadi tak rugi pun register dengan Traveloka ni. Ok berbalik pada booking, dah buka apps Traveloka, signed in pastu cari hotel yang korang nak tu.

Dah jumpa?


Pilih tarikh yang korang nak, letak tarikh check in dan check out. Lepas tu korang scroll ke bawah, cari pilihan bilik yang korang nak. Lepas tu korang boleh proceed untuk book bilik kat hotel tu. Cara booking kat Traveloka ni sangat senang dan mudah untuk faham apps di telefon dan webpage. Korang takkan confuse. Jadi masukkan kesemua maklumat yang diperlukan, lepas tu korang proceed payment. Masa payment ni la korang masukkan promo code jika ada untuk dapatkan diskaun untuk bilik hotel. Lepas tu baru korang bayar dan dapat la confirmation booking korang untuk bilik hotel.

So boleh la stay malam kat hotel masa kat kampung. Siang-siang duduk rumah kampung tu, siap barang-barang nak masak untuk raya, malam lepas dah penat tu boleh balik hotel nak rehatkan badan dan tidur. Boleh la tidur tanpa rasa segan dan malu. Macam ni la rasa hari raya in Malaysia. Semua pakat balik kampung walaupun tak tidur serumah.

You Might Also Like

5 apa kata anda?

  1. Baru lepas servey2 hotel td... Traveloka mmg hrga ok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah...pi honeymoon ek?

      Akak igt nk survey gak utk bln 8 ni...hahaha...dlm penang ja kot

      Delete
  2. terbaek :)

    Jemput join segmen ejulz jika sudi :)
    https://ejulz.blogspot.com/2018/07/segmen-tambah-duit-dengan-kerja-partime_1.html

    ReplyDelete
  3. itulah kan, kadang masa raya penuh rumah kat kampung terutamanya yang mempunyai keluarga yang besar. klu nak selesa baik cari hotel atau homestay yang berhampiran. bagus juga harga yang ditawarkan Traveloka, tak terlalu mahal.

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^