Buffet Ramadan 2018 | Citarasa Semenanjung di Olive Tree Hotel

11:53 AM

Assalamualaikum...

Tahun ini sekali lagi Olive Tree Hotel Penang akan mengadakan buffet Ramadan sempena bulan puasa yang bakal tiba. Kali ini dengan bertemakan 'Citarasa Semenanjung', Olive Tree Hotel telah mengetengahkan pelbagai pilihan makanan dari Utara hingga Selatan Tanah air yang mampu membuatkan anda semua terliur dengan keenakkan masakan dari chef terkemuka.

Jom tengok apa menu yang dihidangkan sempena buffet Ramadan kali ini.


Bertempat di Selah, Olive Tree Hotel menyajikan menu utamanya 'Daging Rendang Tok' masakan dari negeri Perak. Disediakan juga dengan ketupat dan lemang di buffet Ramadan, memang gandingan yang kena. Jika makan dua kombinasi ini, mak mertua lalu kat belakang pun tak perasan macam ni.

daging rendang tok

Turut disajikan Chicken Varuval, Sambal Udang Petai yang menyengat, Kurma Kambing, Tempe Tumis Kicap Manis Pedas, Gulai Ikan Lemak Merah, Gulai Nangka dan banyak lagi.

gulai nangka

chicken varuval

sambal udang petai

Tapi saya terpaling suka masak ekor ni. Dia punya daging lembut empuk elok saja keluar dari tulangnya dengan rasa yang sedap. Portion ekornya pun besar-besar. Rasanya dua ketul pun tak cukup.

ekor

Tidak dilupakan hero pada tiap buffet Ramadan ialah kambing panggang yang dihidangkan bersama sos istimewa dan juga nasi biryani.

kambing panggang

Terdapat juga menu-menu sampingan seperti bubur lambuk, shawarma ayam, satay ayam dan daging, pisang goreng panas-panas dan banyak lagi. Pilih saja mana yang berkenan.




Tidak sah masakan kampung tanpa ulam-ulaman, sambal dan kerabu yang boleh membangkitkan selera ketika berbuka.



Bagi penggemar makanan manis, buffet Ramadan 'Citarasa Semenanjung' di Olive Tree Hotel turut menyediakan kuih-muih tradisional seperti tepung gomak a.k.a abok-abok, tepung bungkus, kuih talam, bubur hitam, sagu gula Melaka serta pelbagai jenis kek yang sedap.




Lai chee kang dan ABC juga turut disediakan bagi menyejukkan badan.


Ketika berbuka nanti, pengunjung akan disajikan dengan alunan halwa telinga lagu-lagu nasyid dan lagu-lagu dakwah dari kumpulan nasyid yang dijemput khas sepanjang bulan Ramadan di Olive Tree Hotel.






Bagi yang ingin berbuka puasa di Olive Tree Hotel, buffet Ramadan ini akan bermula pada :-
Citarasa Semenanjung
21 Mei sehingga 13 Jun 2018
7 petang hingga 10 malam

Harga :-
Dewasa RM89+
Kanak-kanak RM49+

Promosi istimewa :-
Tempahan 10 dewasa PERCUMA 1 DEWASA
Tempahan 4 dewasa PERCUMA 2 KANAK-KANAK



Bagi yang berminat boleh hubungi +604-6377856 untuk tempahan dan pertanyaan.

OLIVE TREE HOTEL
76, Jalan Mahsuri,
11950 Bayan Lepas,
Penang

FB/IG : olivetreehotelpenang

You Might Also Like

3 apa kata anda?

  1. wow... menariknya sis.... kenyang perut ni... hehe

    ReplyDelete
  2. Semua menu nampak sedap.Tak rugi berbuka di hotel olive tree ni.

    ReplyDelete
  3. unik sungguh semua hidangan.nampak semua sedap.
    Janji Kita

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^