SHAPEE | Seamless Maternity Briefs

8:54 AM

Assalamualaikum.





Hai semua ibu-ibu mengandung dan yang pernah mengandung. Korang sihat?

Saya nak tanya ni, korang pernah tak alami masalah mencari pakaian dalam yang selesa sewaktu mengandung? Iyelahkan...bayi dalam perut makin lama makin membesar jadi perut pun turut sama membesar mengikut perkembangannya.

Masa ni mulalah tak selesa dengan pakaian dalam yang sedia ada. Kadang tu masa pakai elok tapi bila bergerak sedikit mulalah pakaian dalam tu tergulung ke bawah. Sapa pernah rasa macam ni? Masa ni la mula tercari-cari pakaian dalam yang mengikut keselesaan perut.







Kebetulan terjumpa dengan SHAPEE, Seamless Maternity Briefs High Waist ni. Kita pun cuba kot-kot selesa dengan perut yang makin membesar. Alhamdulillah, bila cuba pakai selesa sangat dengan keadaan perut ni.








Apa yang best tentang SHAPEE Seamless Maternity Briets High Waist ni?
  • material kainnya lembut dan elastik serta lancar ketika dipakai menjadikannya sempurna sebagai seluar mengandung
  • selesa dan sesuai dengan perkembangan perut yang semakin berkembang setiap bulan
  • reka bentuk yang selesa dan fabrik yang boleh mengembang dengan sempurna serta menyokong bentuk badan yang unik dan pergerakan




Diperbuat dari material 95% nylon dan 5% spandex, SHAPEE Seamless Maternity Briefs High Waist ini amat selesa. Pada lapisan pangkal bawahnya pula diperbuat 100% dari cotton dan amat sesuai untuk pengudaraan.

Jadi bagi ibu-ibu mengandung yang masih mencari-cari pakaian dalam yang sesuai ketika mengandung saya syorkan produk dari SHAPEE.

Boleh layari www.theshapee.com untuk maklumat lanjut.










You Might Also Like

1 apa kata anda?

  1. Bagus ada pakaian begini untuk keselesaan ibu hamil.

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^