Diamond Spa di Chandnis Beauty House

4:25 PM

Assalamualaikum. Hari ni saya nak kongsi pengalaman buat facial di Chandnis Beauty House, Air Itam Penang.

Agak lama tak buat facial. Setakat cuci muka dengan set pencuci muka kat rumah adalah. Bab nak belek-belek nak pakai masker bagai memang tak sempat. Lagipun penyakit M tu datang pula masa mengandung ni…hihihi…
 
before Diamond Spa(naked face)
Chandnis Beauty House menawarkan rawatan kecantikkan wajah yang pelbagai jenis, hair removal service (untuk yang nak buang bulu-bulu di sekitar kawasan muka) dan juga teknik pemakaian sari. Pilih saja rawatan kecantikkan wajah mana yang korang berkenan.
Saya pilih Diamond Spa

 
Dalam banyak-banyak rawatan kecantikkan wajah saya pilih Diamond Spa. Nak muka nampak glowing cantik berseri-seri walaupun tengah mengandung. Lagipun rawatan Diamond Spa ni adalah untuk anti-aging. Sesuai sangat dengan umur saya yang tak berapa nak muda lagi ni. Kedut-kedut bawah mata pun dah banyak muncul.
 
Salah satu produk untuk Diamond Spa. Nampak tak diamond bersinar-sinar kat dalam tu.
 
Sewaktu dapatkan rawatan di Chandnis Beauty House, penuh dengan pelanggan yang sedang mendapatkan rawatan dan menunggu giliran jadi tak dapat nak tangkap gambar bilik rawatannya. Produk-produk yang digunakan di Chandnis Beauty House juga adalah berasaskan semulajadi. Jadi amat sesuai untuk ibu mengandung macam saya yang nak dapatkan rawatan kecantikkan pada wajah.
 
Masa yang di ambil untuk satu-satu rawatan bergantung pada pakej yang di ambil. Untuk Diamond Spa saja mengambil masa lebih kurang 90 minit. Walaupun lama tapi seronok dengan rawatan yang di terima serta rasa tenang dan nyaman. Saya siap tertidur sewaktu memakai masker.
 
after Diamond Spa(naked face)
Lepas habis rawatan Diamond Spa muka nampak glowing sangat. Lega…muka dah tak nampak kusam macam selalu. Berbaloi la dengan harga dan perkhidmatan yang ditawarkan.

 


Pelanggan pula akan disajikan dengan minuman teh halia suam untuk melancarkan peredaran darah selepas mendapatkan rawatan pada wajah.


Bagi yang berminat untuk menyertai Beauty Workshop dengan Chandnis Beauty House boleh sertainya seperti yang tertera di atas. Boleh book seat dulu dengan menghubungi Ms Malar di talian 016-5653079.

Bagi yang ingin mendapatkan rawatan wajah di Chandnis Beauty House boleh hubungi Ms Malar untuk set appointment.

Chandnis Beauty House
31B Jalan Angsana
11500 Penang
Di buka dari jam 11 pagi hingga 7 malam.

You Might Also Like

2 apa kata anda?

  1. alahai mama nih, seronok kan dapat manjakan wajah sebelum bersalin.

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^