Escape Waterplay Teluk Bahang | Taman Tema Air di Pulau Pinang

11:25 AM


Assalamualaikum. Hujung bulan Oktober yang lepas dapat jemputan ke Escape Waterplay Teluk Bahang. Escape Waterplay merupakan salah satu tarikan terbaru yang telah di buka pada bulan November 2017 kepada umum di Pulau Pinang. Ia merupakan taman tema air dari syarikat pengurusan yang sama dengan Escape Advanture Teluk Bahang.




Disebabkan saya masih dalam tempoh berjaga-jaga maka saya bawa teman yang memang sama-sama sukakan aktiviti lasak untuk gantikan saya buat aktiviti air yang gerun di Escape Waterplay.


Bagi yang ingin masuk ke Escape Waterplay, korang perlu memakai pakaian renang khas yang lengkap. Tak boleh memakai t-shirt biasa untuk menjaga kebersihan air. Bagi perempuan Islam yang menutup aurat macam mana ya?


Korang jangan risau, di Escape Waterplay ada disediakan pakaian renang muslimah untuk di sewa dengan kadar harga RM10 sahaja. Murahkan? Terdapat juga sewaan untuk tuala mandi di situ. Korang cuma tinggalkan kad pengenalan dan bayar RM10 untuk sewa pakaian mandi di gerai cenderamata berhampiran kaunter masuk.

SEWAAN BAJU MANDI MUSLIMAH SERENDAH RM10



Aktiviti Lasak di Escape Waterplay Teluk Bahang



Di Escape Waterplay ni korang jangan risau, semua peringkat umur boleh sahaja jalankan aktiviti yang korang suka. Yang penting berhati-hati. Bagi yang ada anak kecil sila pantau anak kecil anda. Jom tengok apa permainan air yang boleh korang cuba di Escape Waterplay Teluk Bahang.

 

WAVE BALL






Masuk saja ke Escape Waterplay korang akan jumpa WAVE BALL. Kalau korang nak rasa pengalaman seperti bermain ombak di laut boleh cuba permainan ini. Pengunjung harus memakai jaket keselamatan yang disediakan kerana alunan ombaknya agak besar. Eh…jangan takut. Budak-budak la paling seronok kat sini tau.


ATAN’S SWING & ATAN’S JUMP






Jalan ke depan sedikit akan jumpa ATAN’S SWING & ATAN’S JUMP. Kalau korang nak mencuba permainan yang mencabar dan merasai aliran ardinelin korang mengalir laju dalam badan boleh cuba permainan ini. Yang paling penting kena pandai berenang dan jangan panik kerana kolam ini sedalam 5 meter. Dan di ATAN’s SWING juga akan diadakan persembahan terjunan dengan api oleh penerjun professional.


BANANA FLIP


 
PIC KREDIT : www.penang-traveltips.com

Di kolam 5 meter yang sama terdapat permainan yang paling digeruni iaitu BANANA FLIP. Kalau korang jenis yang suka aktiviti lasak dan pandai berenang, bolehlah mencuba aktiviti ini.


TWISTER SLIDE


PIC KREDIT : www.cikpinz.com



Mesti ramai yang suka bermain di TWISTER SLIDE ni. Ia mempunyai laluan yang tertutup dan terbuka. Korang boleh pilih nak laluan yang macam mana. Tapi perlu di ingat, sila bawa pelampung korang sendiri dari bawah ya sama ada nak bermain secara solo atau berpasangan.


RAINBOW SLIDE






Paling suka RAINBOW SLIDE ni tapi apakan daya saya tak dibenarkan naik atas faktor keselamatan. Korang kena meniarap dan meluncur laju ke bawah. Nasib la tak boleh naik. Kalau tak dah lama saya panjat naik RAINBOW SLIDE ni.

permandangan dari atas Rainbow Slide
pic kredit : www.cikpinz.com



Di sebelah RAINBOW SLIDE terdapat 2 lagi slide untuk korang bermain. Yang jalur merah jambu putih tu slidenya agak curam dan slide berwarna hijau pula korang akan dilepaskan melalui tube.

Geram ja tengok partner saya dapat naik Rainbow Slide.


Amboi...bukan main happy lagi dia meluncur sampai ke depan.



Permainan Kanak-Kanak di Escape Waterplay



Eh…semua permainan untuk orang dewasa ja, mana permainan yang sesuai untuk kanak-kanak?


Ada ni ha permainan untuk kanak-kanak.


AK ACADEMY





Permainan ini mengajar kanak-kanak agar lebih konfiden bermain dengan air.


AK SPLASH





AK SPLASH ini mengingatkan kita tentang masa lalu di mana kita dapat bermain air bersama rakan-rakan di sungai memandangkan sungai-sungai yang ada telah tiada atau di telan arus kemodenan. Dengan kedalaman airnya cuma sedalam 0.6 meter ia amat sesuai untuk anak-anak berumur dari bayi sehingga 12 tahun.


TOTS POOL





Direka untuk kanak-kanak untuk bermain, teroka dan berinteraksi sesama sendiri. Kolamnya sedalam 0.2 meter sesuai untuk kanak-kanak berumur dari bayi sehingga 12 tahun.


PLAY HOUSE





Di sini jangankan kanak-kanak, mak bapa budak pun turut sama bermain. Terdapat banyak slide yang korang boleh naiki dan ia amat menyeronokkan. Kedalaman air cuma 0.3 meter.



Kemudahan di Escape Waterplay



Terdapat banyak kemudahan yang disediakan di Escape Waterplay. Antaranya tadi sewaan pakaian mandi muslimah serendah RM10 sepasang.


Terdapat loker tempat untuk menyimpan barang dan juga bilik mandi yang berada berdekatan dengan loker.



Gerai jualan makanan dan minuman ringan juga ada disediakan. Perlu di ingat, tidak dibenarkan membawa sebarang makanan dari luar. Korang cuma perlu beli kupon di kaunter yang disediakan dengan minimum RM20 dan bolehlah membeli makanan dan minuman yang di jual di situ. Jika wang korang tidak habis digunakan, korang boleh redeem kembali baki duit korang di kaunter belian kupon tadi.
kaunter jualan makanan dan minuman

antara makanan yang boleh di beli

redeem baki wang tidak habis digunakan



Bagi yang beragama Islam tidak perlu risau. Surau yang bersih telah disediakan di dalam Escape Waterplay.



Terdapat juga banyak tempat istirehat yang disediakan. Pilih saja kat mana korang nak duduk.

tidur di buaian


berehat di kerusi rehat

santai-santai di meja makan



Kalau korang inginkan maklumat lanjut tentang harga tiket dan Escape Waterplay, bolehlah layari :-

Website : www.escape.my




Harga tiket belian walk-in dan online adalah berbeza. Jadi korang boleh dapat harga lebih murah dengan belian online. Buat keputusan yang lebih bijak ya


Atau boleh hubungi :-


Tel : +604 881 1106

Fax : +604 881 3106

Waterpark ini dibuka setiap hari kecuali hari ISNIN. Dibuka dari jam 10.00 pagi hingga jam 6.00 petang.

SELAMAT BERMANDI-MANDA KORANG.

You Might Also Like

21 apa kata anda?

  1. bestnya..aritu lalu je...tak tau plak ada waterpark kt situ

    ReplyDelete
  2. Bestnya..rasa macam nak repeat lagi sekali laa..jom sama2..

    ReplyDelete
  3. berapa harga tiket water park ini sahaja

    ReplyDelete
  4. baju renang muslimah sampai saiz apa?? kalau untuk badan besar ada x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Klau x salah smpai 2xl. Klau ada bj jersi tgn pnjg(x boleh pkai inner klau bj tgn pendek) & legging jenis kain getah or jersi boleh guna

      Delete
    2. Kak nk tnye,klau pakaian utk perempuan and lelaki yg Muslim yg tknk sewa Baju renang pakaiannya mcm mne pulak ye,blh bgi penerangan tk

      Delete
  5. Nak tanya. Harga tiket waterplay termasuk sekali dgm adventure park?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh pilih nak harga sekali adventure park atau tak

      Delete
  6. Salam akak, akak pakai saiz apa ya untuk baju renang sewa tu? dan adakah fit atau loose?

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak pkai 2xl...kalau baju wrna biru muda ia sedikit loose. klau bj wrna hitam agak fit ckit

      Delete
    2. oh okay akak. saya ada beberapa soalan lagi. harap akak sudi jawab hehe.
      1) cap dia mmg bersambung/jahit sekli ya? ada tak yang cap asing?
      2) kita boleh pilih baju atau dia yg bagi masa nak sewa tu?
      3) start waterplay pukul 12pm ke? hitamlah mak nakkkkk hahaha.
      4) locker tu muat tak satu backpack yg boleh bawa masuk kabin tu?

      Delete
  7. Kak.. kalau main escape extreme park dan waterplay park dlm stu hari sempat x agak2 kak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tgk pd kepantasan awk main kt extreme park. Klau jenis cpt habis satu2 task atau pergi time org x ramai start pkl 10 pg main dlm tu pkl 2 ptg awk dh boleh masuk mndi kt waterplay pula sbb waterplay buka jam 12 tghari

      Delete
  8. Baju renang muslimah Tu Banyak ke disediakan?

    ReplyDelete
  9. Baju renang muslimah YG disediakan bnyk Ker ?

    ReplyDelete
  10. Baju renang muslimah Tu Banyak ke disediakan?

    ReplyDelete
  11. Baju renang muslimah Tu Banyak ke disediakan?

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^