Short Vacation di Rainbow Paradise Beach Resort

8:54 AM


Assalamualaikum. Baru-baru ni tiba-tiba abah Aqil ajak tidur hotel. Tak pegi jauh-jauh pon. Sekitar Batu Feringgi je. Dalam kelam kabut tu cari online di booking.com untuk hotel. Jenuh cari. Cuti sekolahkan. Rata-rata nak dapat bilik dengan harga yang murah tu amat susah.

Bila abah otak seminit cam gini la gayanya. Cuti sempena ulangtahun perkahwinan kami yang ke-5 pada 23 Ogos dan hari lahir suami pada 29 Ogos. Semua kelam kabut tapi Alhamdulillah la tak lupa untuk bawa kami bercuti anak beranak berehat. Abah Aqil ajak ke hotel yang kami menginap masa hari lahir saya hari tu tapi saya saja ajak ubah angin. Kita cuba hotel lain pula. Pilih punya pilih kami sepakat nak check-in di Rainbow Paradise Beach Resort Tanjung Bungah.

sumber dari booking.com

sumber dari booking.com




Dah bertiga ja kami pilih Suite Studio Deluxe dengan katil king size dengan harga sekitar RM210+- untuk satu malam termasuk sarapan. Jadilah dengan harga musim cuti sekolah booking last minit. Tak sabar nak rasa kelainan stay kat tempat lain pula.

katil king size


Melangkah masuk ke bilik kami yang betul-betul berdepan dengan lif, fuh...besar sangat bagi kami bertiga. Bilik dilengkapi dengan balkoni dengan permandangan laut, suite berhawa dingin ini menawarkan kemudahan membuat kopi/teh, peti deposit keselamatan dan TV kabel.

pantry


Bilik mandi peribadi mempunyai kemudahan pancuran mandian, tab mandi dan pengering rambut.

meja solek,tv dan almari pakaian


Termasuk juga ruang makan yang kecil yang tidak mengganggu meja untuk make-up. Memang puashati sangat-sangat dengan bilik yang kami dapat.

balkoni

Yang paling best WiFi percuma boleh didapati di dalam semua bilik yang amat laju. Saya siap boleh design barang di Printcious.com lagi....hahahaha....

Terdapat juga kolam mandi untuk dewasa dan kanak-kanak. Yang paling best hotel ini berhampiran dengan laut. Korang boleh pilih samada nak mandi kolam ataupon laut. Aqil Najmi mandi kedua-duanya sekali. Pantainya pon bersih dan ada permainan jet sky dan parsiling di situ.

kolam dan pantai



Kalau korang ingin bercuti di tepi pantai boleh dating ke :-
Rainbow Paradise Beach Resort
Jalan Tanjung Bungah,
11200 Tanjung Bungah,
Penang Malaysia

You Might Also Like

3 apa kata anda?

komen yang murni-murni yek ^.^