Hadiah Berharga Dari Hati Saya dah Sampai | Printcious.com

4:37 PM


Assalamualaikum. Rabu lepas adik Whatsapp gambar ni. Wah….excited sangat-sangat tau. Tak sangka dah sampai ye ’Hadiah Berharga Dari Hati’ yang saya order dari Printcious.com hari Jumaat lepas. Tak sabarnya nak pi ambil kat rumah tok Besah. Tak sangka cepat ja sampai. Rasanya baru ja submit order Jumaat sebelum tu. Tak sampai seminggu barang dah pon dapat dalam kondisi yang elok.

Terima kasih Printcious.com untuk kerja yang pantas dan juga Ninja Van buat penghantaran dengan cepat.




Ninja Van Delivery






Buka plastik Ninja Van rasa tak sabarnya nak tengok rupa paras barang yang saya nak order haritu. Korang boleh baca kat SINI ok. Banyak barang yang menarik korang boleh design untuk dihadiahkan pada yang tersayang. Cara nak order pon mudah dan senang. Rambang mata masa nak D.I.Y dan order barang di Printcious.com. Kalau boleh semua saya nak order tapi kita berbalik pada yang asal juga...hihihihi...

printcious.com



Tadaaaa….barang yang saya order di Printcious.com. Alololo…sukanya tengok. Bolehlah boh dalam frame nanti dan hias kat rak tv sebelum sambut anniversary ke-5. Dalam banyak-banyak gambar kami bertiga saya suka gambar ni. Sebab tu submit order pon guna gambar ni. Suka sebab muka Aqil yang ala-ala gedik kat situ. Harap mak pak dia ni posing macam kayu je….hahahaha….

basic puzzle size A5




Budak bertuah ni bila tengok gambar kami bertiga muka dia terlampau-lampau excited. Suka la tu. See…budak-budak pon suka tau siap nak main puzzle lagi. Ini belum lagi saya surprise kan abah dia. Harap suami pon suka dengan 'hadiah berharga dari hati' saya ni. Tapikan tak sempat nak surprise kan abah Aqil, dia dah bocorkan rahsia. Haih…dia dok cerita kat abah dia dengan penuh excited cuma abahnya belum nampak bayang benda apa yang dia cerita tu.

muka terlebih excited



Untuk ‘hadiah berharga dari hati’ sempena anniversary ke-5 nanti saya order Basic Puzzle(Rectangle) size A5(20.5 cm x 15 cm) untuk 80 puzzles. Material yang Printcious.com gunakan juga berkualiti tinggi. Kalau gambar korang ada warna yang terang dan menyerlah lagi cantik kebabom gambar korang tu.


Saya memang berpuashati dengan kualiti printing basic puzzle yang saya order. Walaupon kualiti gambar saya agak kurang menyerlah sewaktu submit order tapi kualiti gambar di puzzle yang saya dapat amat cantik. Tak sabar nak framekan dan letak di rak tv ni.

basic puzzle size A5


Jadi kalau korang nak buat surprise nak sweet sweet kan suami/isteri/tunang/anak/bff korang sempena hari lahir ke ulangtahun perkahwinan ke, bolehlah ke Printcious.com dan design sendiri barang yang korang nak hadiahkan tu. Mesti terharu orang yang dapat hadiah dari korang tu nanti. Ha...tunggu apalagi, jom ke Printcious.com dan design sendiri barang yang korang nak bagi tu.

Dah D.I.Y dan order nanti jangan lupa share juga ye apa yang korang design tu ^.^


Printcious is also available in SingaporeAustraliaHong KongCanadaPhilippines & Taiwan

You Might Also Like

4 apa kata anda?

  1. lawa puzzle tuh.. ya sesuai untuk dijadikan sebagai hadiah kan..

    ReplyDelete
  2. tok pun suka gambaq uols ni
    ni lau buat frame besaq tu kan letak dlm bilik
    comey baq hang haha

    ReplyDelete
  3. lawa puzzle tu kena buat gak la nti.. hihihihi

    ReplyDelete
  4. Menarik juga kalau buat hadiah macamtu kan.
    Lawa ja tengok puzzle tu :')

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^