Perkembangan dan Cerita Aqil Najmi Selepas ke Sekolah

2:54 PM

Assalamualaikum. Dah lama tak bercerita tentang anak nan satu, Aqil Najmi. Minggu ni bermulalah rutin mama menghantar dan ambil Aqil sekolah. Pengasuh Aqil masih bercuti pulang ke Sarawak seminggu sebelum raya sehingga diberitahu kelak.

Sebelum raya hari tu memang seminggu Aqil tak ke sekolah sebab takda jagaan sesi petang untuk bulan puasa. Maka seronoklah Aqil Najmi berhora horey kat rumah tokwan di Lunas. Abahnya tak sempat nak keluar waktu tengahari ambil Aqil balik sekolah sebab baru ja masuk kerja jam 10.30 pagi tiap hari. Mamanya pon tak mampu nak ulang-alik dari Batu Maung ke Seberang Jaya time lunch.

Semalam hari pertama, liat sikit nak bangunnya tapi masih ok lagi. Keluar rumah jam 7 pagi hantar Aqil ke sekolah terus ke tempat kerja dan sampai ofis jam 8.45 pagi. Harap bos tak marah minggu ni asyik masuk lambat.


Hari kedua, Aqil bangun awal sebab dah bagitau sebelum tidur esok pi sekolah pakai baju sukan. Bersemangat ha... Hari ni sampai ofis jam 8.30 pagi. Masih di tahap biasa-biasa lagi. Harap-harap sampai hari Jumaat ni janganlah lebih sampai jam 9 pagi.

Semalam masa ambil Aqil dari sekolah cikgu Aqil puji dia sangat-sangat. Allah, malu plak mak dia ni bila orang puji anak kita sampai macam tu. Katanya Aqil behave sangat. Senang nak jaga. Tertib. Tak buas. Suruh mandi senang(memang dia suka mandi). Suruh tidur pon senang(ini saya tak percaya.Kat rumah bukan main susah nak tidurnya). Bagi makan pon senang(dia tak memilih makanan. Semua dia bedal...ahahahaha...usher badan la).

Aqil macam budak-budak yang lain juga, lasak dan banyak karenah cuma bila dengan cikgu semuanya ok. Biasalah budak-budak baru nak besar ni, lebih suka dengar cakap cikgu lagi. Tak gitu? Kalau kat rumah mama dia ni selalu juga jadi HULK. Geram sangat dengan perangai dia. Yang paling tak menahan suka bertanya tanya tanya dan tanya. Penat menjawab tau tapi tu fasa dia nak belajar so layankan je la. Penah dia tanya...

Aqil : Mama...sabun ni mama belikan?

Saya : Bukanlah. Mama tak beli(saja jawab tak beli)

Aqil : Bukan...sabun ni mama yang beli.

Saya : Tak. Mama tak beli pon.

Aqil : Taklah. Sabun ni sabun mama. Mama yang beli haritu.

Amboi...amboi...amboi...dan tau jawapan dok tanya buat apa pastu pandai pula guna perkataan HARITU. Mana belajar ni?

Malam semalam pi beraya rumah abang ipar di Jawi. Dari rumah dia dah bawa sebatang pensil. Suruh simpan tak di baginya. Nak pegang. Sampai rumah abang ipar boleh pula dia nak conteng dinding rumah. Nasib sempat tengok. Abang ipar bagi dia sekeping kertas suruh tulis-tulis dan inilah hasilnya....hihihihi...

Yang lelain tu anak sedara darjah 2 yang tulis. Yang dalam bulatan Aqil tulis. Saya sebut huruf apa dia akan tulis. Tu dia tulis KLHIJMNTO. Huruf ABCDEFG ada kat jari yang dia pegang. Alhamdulillah...walaupon tulis terbalik dari kanan ke kiri tapi dia dah kenal dan tau tulis huruf-huruf yang saya sebut. Bab mengira pon dah pandai sampai belas-belas. Bila orang datang beraya ramai-ramai kat rumah Aqil akan kira ada berapa orang. Betul pula tu kiraan dia. Bila dia sebut sebelas dua belas tiga belas...tetiba rasa kagumnya dengan dia yang baru berumur 3 tahun 9 bulan ni sebab saya dah jarang ajar dia sejak 2 bulan ni. Tak sempat lepas balik kerja nak hadap dia sejak dok jauh sikit ni. Penat ulang-alik. Dan-dan rasa awat cepat sangat membesar.


You Might Also Like

4 apa kata anda?

  1. Alhamdulillah, seronok baca entry ni. Mesti rasa seronok kan bila anak dah pandai mengira dan kenal huruf. Selamat Hari Raya! :)

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah. Happy baca perkembangan positif anak2 lepas dah tadika. Dah macam2 la pandainye kan. Hihihi

    ReplyDelete
  3. Hualamakk...aqil dah g sekolah dah pandai menulis semua. rasa baru je semalam2 baca entri aqil cerai pampers.tahun depan inshaa Allah Thaqif pun akan ke sekolah jugak dah. mode survey sekolah anak.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah, seronokkan bila anak dah bertambah pandai dan bijak ni..

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^