Me Time with Mommy | Cameron Highlands Kami Datang!!!
9:39 AM
Assalamualaikum. Dah seminggu saya dan rakan-rakan pulang
dari bercuti selama 2 hari 1 malam tanpa suami dan anak baru berkesempatan nak
up entri. Alhamdulillah masing-masing mendapat keizinan dari suami sebelum
bertolak ke Cameron Highlands.
Sebenarnya plan nak bercuti bersama-sama dah lama kami
rancang. Tahun 2011 2012 kami pernah bercuti bersama-sama dengan keluarga
masing-masing tapi menginap di tempat yang dekat-dekat ja di Bukit Merah. Itu pon
jenuh atur rancangan. Masing-masing dah ada keluarga, bekerja dan ada anak yang
bersekolah. Alhamdulillah rancangan tahun tu berjalan dengan lancar.
Tahun ni bila anak masing-masing dah besar dan bersekolah
kami plan nak bercuti secara solo pula. Nasiblah suami masing-masing terima
cadangan kami. Inilah masanya kami nak berehat bersantai-santai bersembang
tanpa gangguan anak-anak. Eh…bukan tak ingat anak ye, siap ada sorang tu tiap
sejam sekali telefon anak sebab tak pernah bercuti tanpa anak.
Saya?
Masih boleh kawal emosi ni sebab dah pernah tinggal anak
bila ada event yang perlu dihadiri. Tipulah tak rindu kat anak…huhuhu…
Plan nak bertolak selepas Subuh tapi biasalah ada
macam-macam hal kena setel, pukul 7.30 pagi baru bertolak dari Juru.
Berhenti sarapan pagi di RnR Gunung Semanggol
sebelum kami teruskan perjalanan ke Cameron Highlands. Macam-macam kami bualkan
sepanjang perjalanan nak ke Cameron Highlands. Teruja sangat-sangat sampai tak
rasa nak tidur. Tengok banyak gerai-gerai orang Asli di tepi jalan nak naik ke
Cameron Highlands. Memang dah target masa balik tu nak beli petai orang Asli.
Lavender Garden
Check point pertama kami. Masa sampai situ dah jam 11 pagi.
Dah penuh bersusun dah kereta dan bas perlancongan di tepi jalan. Memang orang
ramai sangat masa tu. Disebabkan kami datang ke sini cuma 2 hari 1 malam jadi
kami main aci redah saja mana yang kami jumpa dulu. Masing-masing pon dah pernah
datang ke Cameron Highlands dengan keluarga jadi tak terlampau excited sangat
nak masuk satu-satu tempat tu. Bayaran masuk Lavender Garden dewasa RM10. Dah
masuk berbayar jadi swafoto puas-puas kat dalam tu. Berpuluh-puluh keping. Ada
juga swafoto syok sendiri…bahahahaha… tapi yang tak syoknya orang ramai sangat.
Bila bergambar mesti ada orang lain kat keliling kita. Nasib la kan…kalau
takmau ada orang sila buat taman sendiri….bahahahaha….
Hotel Rainbow Brinchang
Keluar dari Lavender Garden dah hampir pukul 1.30 tengahari.
Terus kami ke Brinchang nak check in hotel. Kami dah booking awal Hotel Rainbow
melalui Traveloka. Alhamdulillah senang tak payah nak pusing-pusing cari bilik
penginapan. Hotel ada kelengkapan yang diperlukan. Ada khiblat dan juga wifi. Itu
yang paling penting….hahahaha….
Lepas check in kami solat jamak siap-siap
barulah turun cari makan di astaka Brinchang. Memandangkan malam tu malam
minggu banyak gerai makan di astaka yang tutup.
Bee Farm Cameron Highlands, Ringlet
Kami ke sana sebenarnya mencari ladang teh. Nak
tangkap gambar berlatarbelakangkan ladang teh sambil minum petang tapi orang
terlampau ramai sampai tak ada parking di Cameron Valley Tea House Bharat Tea
dan ia juga sedang dalam ubah suai jadi tempatnya terhad. Kami lajak ke Ringlet
jumpa Bee Farm terus singgah nak tengok lebah dan beli madu.
Cameron Valley Tea House T1-Shalimar Estate
Sebelum balik ke Tanah Rata nampak ada ladang teh jadi terus
singgah. Sempat la minum petang kat situ tapi nak turun ke bawah sana memang
tak la. Dah jam 5 petang dah masa tu. Kalau turun bila masa pula nak balik. Nak
terjah pasar malam pula. Tak larat dah oiiiii….
Sempat juga singgah satu dua tempat dalam misi mencari bunga ros dan strawberi.
Pasar Malam Tanah Rata
Dengar-dengar kata pasar malam di Brinchang tu
dah berubah tempat. Masa turun dari Brinchang ke Tanah Rata ternampak signboard
pasar malam dekat jalan masuk menghala apartment Dahlia. Balik dari ladang teh terus
kami singgah sana nak cari makan. Banyak juga yang kami borong untuk makan
malam dan barangan untuk keluarga. Penuh bonet kereta. Masa balik ke Brinchang
ada juga yang masih berjualan di tapak pasar malam tu tapi tak banyak gerai
macam di Tanah Rata.
Hari ke-2 kami bangun awal mandi dan main make-up. Saja
gedik-gedik share barang make-up dan bersolek lebih hari tu. Gedik sangat.
Bersarapan di astaka Brinchang mencari nasi lemak. Lepas bersarapan terus check
out hotel sebab banyak tempat lagi yang kami nak tuju. Nak singgah market lagi
beli buah tangan untuk keluarga. Nak beli sayur, strawberi dan jagung mutiara
yang murah-murah tu tapi perancangan Allah tu lagi hebat dari semuanya.
Kami hadap jem sepanjang perjalanan nak ke market. Lastly
ambil keputusan berhenti di Uncle SAM Farm nak beli aiskrim strawberi yang
sedap dan terus beli buah tangan di sekitar situ saja. Tak banyak benda yang
ada kat situ sebelum meneruskan perjalanan pulang ke Penang. Sempat juga
singgah di satu dua tempat sebelum meneruskan perjalanan pulang. Target nak
beli petai orang Asli hampir-hampir musnah. Masa tu dah jam 3 petang tapi bayang
petai sepanjang perjalanan pulang tu takda lansung. Akhirnya jumpa juga gerai
paling hujung sekali kat sebuah kampung ada jual petai. Berderet-deret kereta
berhenti semata-mata nak beli petai. Lawak pon ada masa dok pilih-pilih petai
tu.
Kami sempat singgah makan Laksa Telur Goreng
Bersarang di Taman Botani Ipoh dan selamat sampai di Penang sekitar jam 7
malam. Alhamdulillah trip kali ni berjaya. Budget tol + minyak + hotel + makan
+ shopping + fee = RM300 seorang.
5 apa kata anda?
seronok sesekali dapat lepak dengan kawan2.. skrang seksa kan nak enjoy CH ni orang ramai sentiasa. kena tabah betul hadap jem.. menarik gak taman lebah tu x penah pergi gi..
ReplyDeleteseronoknya
ReplyDeletesekali sekala kena me time gak ngan kawan2..
Wah bestnye sesekali keluar dgn kawan kawan gi CH.Bila la nak repeat dtg sini
ReplyDeleteSyoknya makan angin. Lama dah tak ke Cameron Highlands.
ReplyDeletelamanya tak ke Cameron Highland nih.. sesekali memang kena me time juga, tak sabar nak me time hujung minggu ni..
ReplyDeletekomen yang murni-murni yek ^.^