3 Kesan Tidur Selepas Sahur

4:31 PM

Assalamualaikum. Salam Ramadan yang ke-7 semua. Dah seminggu kita berpuasa. Sekejap sangat rasanya putaran dunia sekarang ni.

Sapa ada masalah ketika bersahur? Eh...bukan masalah bangun lambat ke tak sempat makan sahur ke apa tapi masalah lain. Saya bila bersahur yang berat-berat mesti akan muntah selepas itu ketika mandi atau gosok gigi selepas makan. Jadi dok mencari juga punca-punca penyebab masalah itu.

Langkah yang saya ambil sekarang cuma makan makanan yang ringan-ringan seperti roti dan milo atau nestum 3 in 1 serta kurma untuk tenaga. Selepas makan dah tak gosok gigi seperti selalu. Alhamdulillah...simptom-simptom nak muntah tu ada tapi makanan tak terkeluar dari mulut. Lega sangat-sangat. Letih tau muntah ni. Habis semua makanan dari waktu berbuka hingga ke sahur keluar.

Dalam mencari info terbaca pula kesan tidur selepas sahur.

3 KESAN TIDUR LEPAS SAHUR

  • Dehidrasi tubuh dan OTAK. Air tidak diserap tetapi di bawa ke pundi kencing.
  • Makanan yang dimakan tidak diproses seperti sepatutnya. Sisa menjadi toksid. Nutrisi tidak diserap. Pesta keroncong mula. Berbunyi seawal jam 10 pagi.
  • Interaksi OTAK dan usus terganggu. Seperti lebuhraya tiada kenderaan. Sunyi.
Kita beria ria sediakan makanan bernutrisi tinggi semasa sahur. Mahu tingkatkan kecergasan dan kecerdasan tapi malangnya tidur selepas sahur hapuskan semuanya.
Kalau mengantuk dan perlu tidur, lakukan selepas 4 jam bersahur. Dan bila tidur selepas sahur menyebabkan kita menjadi semakin malas dan lemah.

Lepas ni dah taknak sambung tidur selepas sahur. Tengok bila datang kerja tiada pula rasa mengantuk ke apa sebab lepas saja bersahur terus bersiap sedia ke tempat kerja.

You Might Also Like

6 apa kata anda?

  1. alamaks..iols selalu tdo lps sahur & subuh..huhuhu

    ReplyDelete
  2. setakat ni tak tidur lagi... lepas sahur selalunya ada je buat kerja kat rumah...

    psssttt... terima kasih sudi join Segmen Nak URL Blog #30.

    Blog ini tersenarai di http://www.mialiana.com/2017/05/senarai-url-blog-30.html

    Keputusan pemenang akan diumumkan pada hari ini. Gud luck.

    - Mia Liana

    ReplyDelete
  3. adeh.

    memang tido aje sekarang.

    lagi-lagi time cuti nih.

    hehe

    ReplyDelete
  4. tido jugak bila time cuti.. hari kerja dah tak tido laa.. tapi kan klu drive keta pagi-pagi masih rasa ngantuk.. tak tahulah..

    ReplyDelete
  5. Kalu ngantuk sangat tido la.. Kalau tak ngantuk x tido pkl 10pagi nk tido hihihihi

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^