10 Perkara Tentang Puasa dan Raya Yang Tidak Ada atau Tak Semeriah Dulu

10:20 AM

Ada kawan sharekan 10 perkara tentang puasa dan raya yang budak-budak zaman sekarang tak rasa dan dalam ertikata lain dah tak semeriah dulu. Dulu tu sebelum era telefon bimbit berkembang pesat. 

Mana yg pernah anda rasa?

1. Kad raya.
Kalau dulu, memberi kad raya adalah satu yang sangat menerujakan, menanti ianya dibalas sangatlah menyeronokkan. Sekarang zaman e-kad. Semuanya online. Dah terasa biasa saja bila menerimanya.

2. Gantung kad raya di dinding rumah.
Suasana dalam rumah memang betul- betul meriah, kad raya pelbagai rupa digantung dan memberi satu kepuasan yang luar biasa bila tengok kad raya kita tergantung dirumah saudara dan rakan-rakan.

3. Anyam ketupat 
Dulu dari budak umur 5 tahun sampai nenek 50 tahun pakar menganyam ketupat. Sekarang payah nak jumpa remaja yg pandai, ketupat segera je la. Eh...terasa juga kita ni. Anyam ketupat palas boleh tapi mesti jadi betina je...hahaha...

4. Cari duit raya keliling kampung
Ini paling best, bukan sahaja budak-budak rasa best, orang dewasa pun best, nikmat memberi tu terasa bila tak putus-putus budak-budak datang dengan pelbagai gaya, tapi sekarang tak ramai dah, tak mcm dulu lagi. Semua duduk depan tv, main hp dan persekitaran kita yang makin bahaya. Banyak kes penculikkan budak-budak.

5. Memasak luar rumah ramai-ramai
Kalau dulu, bila semua keluarga berkumpul, masak macam makan kenduri. Berkampung di luar rumah masal dodol, rebus ketupat. Sekarang jarang dah nampak. Ramai tak balik kampung lagi, bila mak ayah dah tak ada atau atok nenek dah tak ada. Sekarang rebus ketupat, masak rendang dab masak dodol guna periuk Noxxa je...hikhikhik...cepat dan mudah.

6. Tukar sarung kerusi
Bab ni paling budak lelaki 90an seram! Tengah best main mercun mak panggil balik suruh tikarkan sarung kerusi! Pergh kejam! 

7. Pasang pelita keliling rumah
Dulu, bila balik kampung masa nak dekat raya, boleh tengok kampung tu mcm pesta pelita, cantik sangat! Sekarang tak ada dah, kalau ada pun beberapa rumah je buat. Lagipon minyak tanah dah mahal. Pasang lampu lip lap je la yang senang.

8. Kuih tradisional yang rare
Contohnya kuih Putu sedap! Fuh ni paling payah jumpa dah, yang sedap betul, bukan kilang yan buat. Mak-mak buat sendiri. Payah dah jumpa. Tok Besah pon dah tak buat kuih kapit dan dodol kacau dalam belanga besar dah.

9. Kad raya buat sendiri, ini paling rare. Budak-budak pandai melukis memang seronok la. Guna kertas lukisan putih tu, lukis gambar ketupat dan rumah kat belakang. Tulis selamat hari raya maaf zahir batin. 

10. Berhari raya sampai raya ke tiga
Kalau dulu, raya pertama tunggu orang datang rumah, raya kedua pergi beraya rumah kawan-kawan dan raya ketiga beraya rumah saudara mara. Boleh dikatakan ramai yg beraya sampai raya ketiga dan keempat. Tak putus-putus orang datang rumah, bila malam ramai-ramai tidur kat tengah rumah, macam-macam jenis dengkuran ada. Tapi sekarang raya pertama la harung sekali. Raya kedua dah masuk kerja. Ermmm boring..


Eh...korang penah rasa tak semua-semua ni. Jom kongsi sikit.

You Might Also Like

1 apa kata anda?

komen yang murni-murni yek ^.^