Tempat Makan Best Di Penang | Laksa Seringgit di Kedai Kak Na
11:40 AM
Laksa Seringgit | Semalam tetiba sepakat dengan kawan-kawan ambil cuti separuh
hari nak ke Pasar Kemboja Parit Buntar Perak. Ate…dah dapat gaji kan…mohler
buang duit kat Pasar Kemboja tu beli baju baru tapi boleh dapat murah-murah
jika pandai tawar-menawar. Ohoiiii…semalam baju harga RM35 dapat RM15 kot
sehelai…kah…kah…kah… #padu betul
ayat tawar menawar tu sampai dapat diskaun separuh harga.
Dah alang-alang ke Parit Buntar singgah makan laksa
seringgit yang menjadi tular a.k.a #viral di Kedai Kak Na, Kampung Sungai Buaya
Bukit Panchor Nibong Tebal. Ini adalah salah satu tempat makan best di Penang yang semakin tular di media sosial.
![]() |
gambar dari FB Nahar Efendy Noordin |
Psssttt….kedainya bukanlah di tepi-tepi jalan tapi
kena masuk ke dalam kampung. Jangan pula sesat ke sempadan Kedah nanti…hik…hik…hik…
Alhamdulillah sampai juga kami di Kedai Kak Na semalam
dengan perut yang berkeroncong. Sarapan bihun goreng ja pagi tu. Bila sampai sana perut memang minta di isi dah la. Kedainya hanya kedai kampung. Jangan pula dok bayang
nak makan dalam kedai tertutup berhawa dingin pula ye. Datang waktu tengahari
agak berbahang sikit kalau duduk di bawah tempat berbumbung jadi kami duduk kat
bawah pokok. Santai-santai macam berkelah bawah pokok kat kampung. Rasa sejuk
je. Tak berbahang pon.
Pi kedai #viral laksa seringgit tapi kami tak order pon
laksa harga seringgit tu. Semua order yang special….hahahaha….dah la order
special tamak pula tu order sampai 7 mangkuk laksa/bihun dan 4 mangkuk ais
kacang milo. Jom tengok lebih dekat apa yang kami order.
![]() |
muka tak sabar nak makan |
Saya ambil kotiaw sup special…sedap. Saya bagi rate 4/5
bintang.
![]() |
isi ayam dan dagingnya banyak |
Laksa special pula lain dari yang lain. First time makan
laksa ada cucur macam dalam pasembor tu. Kawan saya dari Perak kata memang kat
sana laksa letak cucur. Rate saya bagi 3/5 bintang. Mungkin tekak saya dah
terbiasa kesedapan laksa Penang kot. Lain orang lain citarasanya kan.
![]() |
laksa special telur sebiji |
Ais kacang Milo pula memang mabeles. Tak kedekut Milo. Saya
bagi 4/5 bintang.
![]() |
Ais kacang Milo |
Boleh juga order menu lain macam dalam gambar ni.
![]() |
gambar dari FB Nahar Efendy Noordin |
Total semua yang kami makan- 4 bihun sup special + 1 bihun
sup biasa + 2 laksa special + 4 ais kacang Milo + teh ais + the O ais + ais
kosong = RM30.60
Gila murah….ohoiiiii….macam tak percaya ja murah macam tu.
Laksa tu telur sebiji kot. Kat Penang area pulau tak dapat dah la makanan harga macam tu.
Kalau korang sampai ke Parit Buntar atau Nibong
Tebal bolehlah terjah Kedai Kak Na di Kampung Sungai Buaya, Bukit Panchor.
Tambah-tambah pi dengan anak beranak yang ramai. Jimat tau makan kat sini….hihihi…
Waktu operasi :- Rabu- Isnin dari jam 12.30 tengahari hingga 7.30 malam(Selasa cuti).
Waktu operasi :- Rabu- Isnin dari jam 12.30 tengahari hingga 7.30 malam(Selasa cuti).
7 apa kata anda?
#padu betul laksanya..hehehe
ReplyDeleteliez hantu laksa... aduhhhh terliur niiiii
ReplyDeleteigtkan kat relau tadi haha
ReplyDeleteohooooohoi.. murahnya rege. boleh makan banyak2 sampai puas hati..
ReplyDeletesedap tengok ais kacang milo tu
ReplyDeletemenu dia mengancam betul.. terutama sekali ais kacang milo tu..
ReplyDeleteaida memang minat laksa tau.
ReplyDeletejust kat melaka ni, x byk yg sedap :(
teringat-ingat makan kat pantai batu feringgi. sedap nyer lah...
komen yang murni-murni yek ^.^