Derma Darah Lagi
9:15 AM
Derma Darah | Alhamdulillah minggu lepas di beri kesempatan
menderma darah buat kali yang ke-12. Beberapa hari sebelum tu saya dah dapat
mesej dari Hospital Pulau Pinang untuk derma darah tapi masa tu saya ABC(Allah
Bagi Cuti) la pulak. Memang lupa yang company ada buat kempen derma darah bulan
ni.
Pagi tu baru tau ada kempen derma darah. Saja mencuba sebab
baru ja beberapa hari habis ABC jadi tak berharap sangat. Bila check HB…fuh…lepas
12.9. Check BP 136/97…fuh…fuh…neves tau takut tak lepas. Kali ni derma 350 ml
ja sebab HB tak cantik macam 3 bulan lepas.
Kali ni sengaja derma waktu pagi tapi tak pagi sangat la.
Pukul 11 pagi camtu dah. Duduk baru 5 minit tak sempat nak swafoto tup tup
nurse kata ok dah penuh dah. Haaaa….terkejut juga la. Cepat sangat…hihihi…kawan
yang datang sekali derma darah baru dok cucuk saya dah pon selesai. Rehat
sebentar dan dapat la menjamah kuih muih yang disediakan pihak Tabung Darah
Hospital Pulau Pinang pihak syarikat.
Kali ni dapat gift ni. Jadilahkan….asyik payung ja sampai
penuh bonet kereta dengan payung….hahahaha
4 apa kata anda?
amboi byk payung tu..bak lah seketul dua hahaha
ReplyDeletebaguslah zai..keepitup
dapat Tupperware tu. lagi ok. payung dah banyak stock hihihi. ohh baru tau yang berapa liter darah diambik tu bergantung pada hb kita jugak ye
ReplyDeletesatu perkara tingin nak buat tapi belom berani =)
ReplyDeletesihat sokmo la kak derma darah
ReplyDeletekomen yang murni-murni yek ^.^