Build A Backpack and So Much More Dumex Dugro Roadshow
4:48 PM
Bermula dari 1 Mac 2017 hingga April 2017 akan berlansungnya
roadshow ‘Build A Backpack and So Much More’ di seluruh negara. Baru-baru ini
saya berkesempatan ke ‘Build A Backpack and So Much More’ roadshow di One
Utama.
Build A Backpack and So Much More Dumex Dugro Roadshow
Aqil sangat-sangat teruja di roadshow tersebut.
Tak rugi ibu bapa bawa anak-anak di roadshow Dumex Dugro ‘Build A Backpack and So
Much More’ kerana banyak permainan yang terdapat di sana.
Setiap pengunjung yang datang akan di beri
sekeping passport. Si manja korang perlu menyelesaikan semua
tugasan yang di beri dan akan mendapat cop pengesahan.
Ada permainan 'Fish The DHA', 'Slide The Happy Poo' dan 'Match The Nutrients'.
Tengoklah Aqil yang seronok memancing ikan sampai habis
semua ikan yang di pancing.
Di booth 'Match The Nutrients'
Alhamdulillah...Aqil berjaya menyelesaikan ke semua jenis permainan. Bangga mama bila si manja Aqil yang berumur 3 tahun 5 bulan ni boleh menyelesaikan semua tugasan.
Selesai semua tugasan tu bolehlah tebus untuk bergambar di booth 'Snap Your Family Moment' secara percuma.
Tada...gambar mama dan si manja Aqil.
Selain itu boleh juga bertanya tentang pemakanan si manja
korang di Carelines booth yang terdapat di sana.
Di samping bermain ibu bapa juga boleh membeli susu untuk membesar kepada anak masing-masing. Setiap pembelian 6 pack 900 gram susu Dumex Dugro pelbagai variasi, ibu bapa boleh menebus dan reka backpack untuk si manja di roadshow terpilih serta-merta.
Boleh terus register secara online di sana dan pihak Dumex Dugro akan jahitkan rekaan dan backpack si manja korang serta-merta.
Nak tengok backpack rekaan saya untuk si manja Aqil?
Comel tak?
Terdapat dalam 2 warna, merah dan hijau. Untuk
corak di luar backpack korang boleh pilih corak yang mana kesukaan atau sesuai
dengan si manja korang. Saya pilih keretapi, bola, dinasour dan kapal terbang
tu sebab si manja Aqil memang sukakan benda-benda tu.
Yang bestnya backpack ini, korang boleh buat ucapan untuk si manja dan
jahitkan di dalam backpack tersebut. Harap-harap bila Aqil dah pandai baca, dia
boleh faham kata-kata yang saya abadikan.
Korang tunggu apalagi. Cepat-cepat ke roadshow "Build A Backpack and So Much More" Dumex Dugro di lokasi yang terpilih.
Boleh lihat jadual penuh roadshow di https://goo.gl/8jkUfR
atau layari
Website : Dumex Dugro
Facebook : Dumex Dugro
4 apa kata anda?
Syoknyaaaa mesti budak2 suka kalau pergi sini hehe
ReplyDeletecomel sgt beg aqil
ReplyDeletepelbagai jenis mainan yg baik utk anak2 kan.. bgs jg ada roadshow mcm ni, siap ada aktiviti utk pgunjung =)
ReplyDeletecomel sangat beg aqil
ReplyDeletekomen yang murni-murni yek ^.^