Aksi Yang Menyeronokkan dan Mendebarkan dari Great British Circus Malaysia

10:31 AM




Weeehoooo…30 tahun lebih hidup, inilah kali pertama saya dapat menyaksikan sarkas secara live. Dulu masa zaman muda remaja asal ada rancangan sarkas di kaca televisyen memang tak sabar nak tengok. Eleh…korang dulu pon macam ni jugakan? Baik mengaku cepat….hahaha…



Alhamdulillah…berpeluang juga tengok sarkas dah tua-tua ni dan dapat bawa Aqil tengok bersama-sama. Habis ja tengok sarkas, asal pi mana-mana mesti dok bagitau kat semua “Mama bawa Aqil tengok sakes”. Dok ulang ayat tu je la. Teruja kot padahal Aqil pon baru pertama kali tengok sarkas.



 Aksi Yang Menyeronokkan dan Mendebarkan dari Great British Circus Malaysia



Great British Circus Malaysia telah membuat persembahan secara live bersebelahan Hotel Sunway Seberang Jaya bermula 3 Mac 2017 sehingga 9 April 2017 nanti. Ha…belum terlewat untuk korang yang berada di Pulau Pinang dan Sungai Petani untuk menyaksikan aksi sarkas yang menyeronokkan serta mendebarkan. Memang tak rugi tengok hari tu.

 

Ini antara aksi sarkas selama 2 jam yang sempat di rakam hari Jumaat lepas.

 
 

aksi baling-baling pisau
 

Wheel of Death-aksi ni paling mendebarkan. Ahli sarkas dok berlari-lari atas gelung tu. Seriyau jatuh ja sebab laju sangat gelung tu pusing
 

High Wire-tanpa tali keselamatan. Ahli sarkas bergantung menggunakan mulut...phewwww...tera nak sampai tu rasa nak luruh jantung ni tengok
 

Globe of Death-ahli sarkas beraksi dengan motorcross dalam globe



 

 

Hat lelain tak sempat nak rakam. Teruja tengok dan seriyau….huhuhu… Terlepas gak nak rakam aksi silap mata tukar-tukar baju tu. Terlampau cepat di tambah saya yang teruja dah terpukau. Eh…bukan saya sorang ja terpukau. Semua pakat bersorak masa ni tau. Fuh….memang tak terjangkau dek akal masa silap mata.

 

Korang yang nak mengisi cuti sekolah anak-anak korang bolehlah bawa mereka menyaksikan aksi dari Great British Circus Malaysia bersebelah Hotel Sunway Seberang Jaya.
 
Boleh layari facebook : Great British Circus Malaysia untuk maklumat lanjut.

Terima kasih pihak penganjur dan Hotel Sunway Seberang Jaya kerana memberi peluang saya meyaksikan aksi akrobatik dari Great British Circus Malaysia secara live.


You Might Also Like

5 apa kata anda?

  1. best nya ! ju xperna nampk circus scra live mcm ni, slalu nmpk dalam tv je huhuhu.. kalo ada peluang, confirm ju xnak lepaskan utk tgk !

    ReplyDelete
  2. hihihi nanti mellya pun nak pegi, tiket dah ada. Teman tak ada wuwuwuwu

    ReplyDelete
  3. seronoknya aqil g tengok sarkas

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^